PM Anwar Hubungi PM Paetongtarn Bincang Isu Sempadan Thailand-Kemboja

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir di Surau Al-Ikhwan, Jalan Pinggiran Putra, Putrajaya pada 6 Jun 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 6 Jun – Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau akan menghubungi rakan sejawatnya dari Thailand, Paetongtarn Shinawatra hari ini berhubung isu pertikaian sempadan Thailand-Kemboja.

Sebagai Pengerusi ASEAN, Anwar berkata Malaysia mengambil maklum situasi yang berlaku di kedua-dua negara berkenaan.

“Nanti kita akan keluarkan kenyataan (mengenai hasil perbincangan dengan Paetongtarn Shinawatra),” kata beliau kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Al-Ikhwan, Desa Pinggiran Putra dekat sini hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir di Surau Al-Ikhwan, Jalan Pinggiran Putra, Putrajaya pada 6 Jun 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Pada 28 Mei lepas, pasukan tentera Thailand dan Kemboja terlibat dalam pertempuran singkat di wilayah Ubon Ratchathani, Thailand dan wilayah Preah Vihear, Kemboja yang dilaporkan mengorbankan seorang askar Kemboja.

Kemboja kemudian mengumumkan hasrat untuk membawa pertikaian sempadan itu ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Thailand turut dilapor mengulangi komitmennya untuk menyelesaikan isu sempadan dengan Kemboja melalui usaha damai mengikut undang-undang antarabangsa serta perjanjian dan memorandum yang berkaitan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika meninjau tukang masak sebelum hadir di Surau Al-Ikhwan, Jalan Pinggiran Putra, Putrajaya pada 6 Jun 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Malaysia mengambil alih kepengerusian ASEAN pada 1 Jan 2025 daripada Laos dengan tema “Keterangkuman dan Kemampanan”, mencerminkan aspirasi negara untuk membina ASEAN yang bersatu serta makmur.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *