500 Jemaah Bertakbir Aidiladha Bersama PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir di Surau Al-Ikhwan, Jalan Pinggiran Putra, Putrajaya pada 6 Jun 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 6 Jun – Kira-kira 500 jemaah bertakbir Hari Raya Aidiladha bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Surau Al-Ikhwan, Jalan Pinggiran Putra dekat sini, hari ini

Ia bersempena Aidiladha yang akan disambut esok.

Laungan takbir dipimpin Imam Mustafa Kamal Abdullah itu diadakan selepas solat Jumaat sebentar tadi.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika meninjau tukang masak sebelum hadir di Surau Al-Ikhwan, Jalan Pinggiran Putra, Putrajaya pada 6 Jun 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Anwar yang juga Menteri Kewangan bersama jemaah turut mendengar khutbah Jumaat bertajuk ‘Falsafah Arafah’ yang disampaikan imam berkenaan.

Terdahulu, Anwar yang lengkap berbaju Melayu berwarna kelabu, tiba di masjid kira-kira jam 1 tengah hari selepas menjamu selera di Restoran Pak Zain Patin di Jalan Kampung Orang Asli Bukit Dugang, Dengkil dekat sini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir di Surau Al-Ikhwan, Jalan Pinggiran Putra, Putrajaya pada 6 Jun 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Beliau turut menyantuni pekerja restoran di bahagian dapur serta pelanggan yang sedang menjamu selera.

Turut hadir ialah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir di Surau Al-Ikhwan, Jalan Pinggiran Putra, Putrajaya pada 6 Jun 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *