PM Anwar Harap Misi GSF Diteruskan Bagi Hentikan Kekejaman Israel

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada majlis sambutan ulang tahun pasar tani ke-40 peringkat kebangsaan dan perasmian pasar tani Presint 4, pada 26 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 26 Sep – Misi Global Sumud Flotilla (GSF) yang semakin menghampiri Gaza, kini meneruskan perjalanan tanpa rasa gentar dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap semangat peserta misi berkenaan di kalangan rakyat Malaysia kekal utuh meskipun berdepan beberapa serangan sebelum ini.

Menurut Perdana Menteri, sebarang kezaliman atau keganasan rejim Zionis Israel terhadap peserta misi itu mesti segera dihentikan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada majlis sambutan ulang tahun pasar tani ke-40 peringkat kebangsaan dan perasmian pasar tani Presint 4, pada 26 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Kita masih mengharapkan (misi) berterusan dan kezaliman keganasan Israel mesti henti sekarang,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-40 Pasar Tani Peringkat Kebangsaan di sini, hari ini.

Anwar difahamkan menerima taklimat berhubung perkembangan pelayaran misi berkenaan dari semasa ke semasa termasuk maklumat berhubung kehadiran dua kapal tentera Itali dan sebuah kapal tentera Sepanyol yang berada di perairan Laut Mediterranean.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada majlis sambutan ulang tahun pasar tani ke-40 peringkat kebangsaan dan perasmian pasar tani Presint 4, pada 26 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Selasa lalu, kira-kira 12 letupan dipercayai akibat serangan dron dilaporkan berlaku berhampiran kapal misi GSF di perairan Greece dan laporan terbaharu menyebut kira-kira tujuh dron sedang memantau pergerakan konvoi kapal berkenaan.

Misi GSF disertai lebih 500 sukarelawan dari Eropah, Asia, Afrika Selatan, Amerika Latin dan Asia Barat yang menaiki 53 kapal bagi memecah kepungan rejim Zionis terhadap Gaza, termasuk 34 sukarelawan dari Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada majlis sambutan ulang tahun pasar tani ke-40 peringkat kebangsaan dan perasmian pasar tani Presint 4, pada 26 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Misi pelayaran tanpa senjata atau peralatan ketenteraan itu cuma membawa bekalan makanan, pakaian dan peralatan ubat-ubatan bagi membantu rakyat Gaza yang dikepung dari segenap penjuru termasuk dari laut sejak 7 Oktober 2023.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *