PM Anwar Hadiri Istiadat Sambutan Hari Pahlawan 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri istiadat perbarisan bersempena Sambutan Hari Pahlawan 2025 di Dataran Pahlawan, Putrajaya pada 31 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 31 Jul – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri istiadat perbarisan bersempena Sambutan Hari Pahlawan 2025 di Dataran Pahlawan di sini hari ini.

Perdana Menteri menyambut keberangkatan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah pada istiadat yang dinaungi Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri istiadat perbarisan bersempena Sambutan Hari Pahlawan 2025 di Dataran Pahlawan, Putrajaya pada 31 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Istiadat berkenaan berkonsepkan perbarisan statik membabitkan empat detasemen terdiri daripada PDRM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) dan Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM).

Acara dimulakan dengan persembahan lagu Negaraku, diiringi 21 das tembakan meriam yang disempurnakan Mejar Hafizan Mat Ghani daripada 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja (Istiadat).

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri istiadat perbarisan bersempena Sambutan Hari Pahlawan 2025 di Dataran Pahlawan, Putrajaya pada 31 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Sultan Ibrahim kemudian berkenan memeriksa kawalan kehormatan utama.

Perbarisan Hari Pahlawan hari ini membabitkan 18 pegawai dan 685 anggota lain-lain pangkat daripada PDRM dan ATM yang diketuai oleh Superitendan Mohamad Ridzuan Roslan daripada PDRM.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin serta Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri istiadat perbarisan bersempena Sambutan Hari Pahlawan 2025 di Dataran Pahlawan, Putrajaya pada 31 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail dan Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Mohd Nizam Jaffar turut menghadiri istiadat berkenaan.

Istiadat kemudian diteruskan dengan tiupan Paluan Akhir yang dikenali sebagai last post dengan menurunkan Jalur Gemilang dan semua tetamu yang hadir berdiri memberikan tabik hormat semasa Jalur Gemilang diturunkan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri istiadat perbarisan bersempena Sambutan Hari Pahlawan 2025 di Dataran Pahlawan, Putrajaya pada 31 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *