PM Anwar Gesa Tindakan Lebih Tegas, Pantas Sebarang Kes Gangguan Seksual

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Sambutan Hari Wanita Kebangsaan, di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid, di sini hari ini. Foto Facebook Anwar Ibrahim
PETALING JAYA, 8 Mac – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa tindakan lebih tegas dan pantas diambil terhadap sebarang aduan gangguan seksual di semua sektor ekonomi dan sosial.
Beliau berkata, masalah gangguan seksual ketika ini menggusarkan kerana turut melibatkan mangsa daripada golongan kanak-kanak.
“Saya telah arahkan supaya Polis Diraja Malaysia (PDRM) lebih tegas, cepat dan pantas bertindak kepada mana-mana laporan yang dilakukan.
“Kita ada undang-undang tetapi tidak cukup kalau penguatkuasaan tidak berkesan. Jadi saya harap dengan jaminan daripada Ketua Polis Negara hal ini dapat kita atasai dengan sebaik mungkin,” katanya semasa berucap pada majlis Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2024, di sini hari ini.

Anwar berkata, adalah memalukan apabila negara MADANI, bicara soal nilai dan akhlak tetapi masih menerima laporan dan berita yang sangat mengaibkan.
“Akta Anti Gangguan Seksual 840 dikuatkuasakan sepenuhnya dan tribunal bagi anti gangguan seksual akan mula beroperasi sebagai satu platform alternatif mengendalikan aduan gangguan seksual yang cepat, mudah dan kos yang minimum,” ujarnya.
Yang turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri serta Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
