Artis Suami Orang Kena Cekup Dengan Pelakon Wanita Dalam Serbuan JAWI

Pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bersama beberapa ahli keluarga artis kelihatan di kawasan kondominium mewah di Kuala Lumpur awal pagi tadi.

KUALA LUMPUR, 9 MacArtis berstatus suami orang dan pasangannya seorang pelakon wanita dicekup berkhalwat selepas didakwa bersekedudukan di sebuah kondominium mewah, di sini, hari ini.

Sumber Harian Metro berkata, tangkapan dibuat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) berdasarkan maklumat orang awam.

Menurutnya, pasangan selebriti yang kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama itu ditahan di kediaman milik pelakon wanita berkenaan.

“Ketika pegawai penguatkuasa tiba di kondo berkenaan, mereka disyaki berkhalwat.

“Difahamkan, pelakon lelaki itu sudah beberapa kali dilihat memasuki rumah pelakon wanita itu,” katanya.

Pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bersama beberapa ahli keluarga artis kelihatan di kawasan kondominium mewah di Kuala Lumpur awal pagi tadi.

Untuk rekod, selebriti lelaki ini pernah bercerai dengan isterinya, namun rujuk semula.

Sebelumnya, dia yang juga juara program realiti sudah beberapa kali terpalit kontroversi apabila didakwa curang.

Sementara pelakon wanita yang juga adik kepada seorang selebriti itu juga pernah dikaitkan menjalin hubungan dengan beberapa artis lelaki.

Namun akhirnya identiti artis lelaki yang dicekup didedahkan adik kepada kakak artis itu, Didi Astillah.

“Ya, mereka (Aliff Aziz dan pelakon wanita) ditahan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi),” kata adik kepada pelakon, Bella Astillah iaitu Didi Astillah sekali gus mengesahkan laporan media mengenai dakwaan pelakon berstatus suami orang dicekup berkhalwat dengan seorang pelakon wanita popular di sebuah kondominium mewah di sini, awal pagi tadi adalah abang iparnya, Aliff Aziz.

Menurutnya, dia bersama kakaknya hadir ke pejabat Jawi selepas dimaklumkan mengenai tangkapan yang dibuat pasukan penguat kuasa terbabit.

“Kalau boleh beri ruang kepada kakak saya untuk dia bertenang terlebih dulu sebab apa yang berlaku ini amat mengejutkan kami sekeluarga.

“Kami pun tak tahu nak bagi reaksi macam mana. Insya-Allah apabila kakak saya sudah bersedia dia akan berikan kenyataan,” katanya ketika ditemui di pejabat Jawi.

Didi berkata, dia mengetahui perkenalan abang iparnya dengan pelakon wanita itu.

“Sebagai adik saya tidak mahu masuk campur urusan keluarga kakak saya. Cuma kami sekeluarga kenal rapat dengan pelakon wanita itu tetapi tak tahu sejauh mana hubungan mereka.

“Saya pun tak berani nak cakap berapa kerap sudah mereka keluar bersama,” katanya.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *