PM Anwar Gesa Pulihara Warisan Alam Semula Jadi, Perkasa Industri Pelancongan Bertaraf Dunia

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Perasmian Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD2025) di Banda Hilir, Melaka pada 27 September 2025. Foto Ab Rauf Yusoh

MELAKA, 27 Sep – Malaysia perlu memelihara warisan alam semula jadinya demi membangunkan industri pelancongan bertaraf dunia dan bersedia menghadapi masa hadapan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini selaras dengan sasaran negara mahu mewujudkan ekosistem menarik dan selamat buat pelancong asing yang dijangka meningkat melebihi 40 juta bermula tahun depan.

Perdana Menteri berkata, langkah sedemikian membolehkan Malaysia menarik minat pelancong dari seluruh dunia.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Perasmian Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD2025) di Banda Hilir, Melaka pada 27 September 2025. Foto Ab Rauf Yusoh

“Pemeliharaan terhadap alam sekitar adalah asas kepada pendekatan ini. Sebagai satu daripada 12 negara megabiodiversiti di dunia, Malaysia menjadi habitat kepada lebih daripada 15,000 spesies tumbuhan dan 175,000 spesies fauna.

“Melindungi hutan hujan, bakau dan terumbu karang bukan sahaja tanggungjawab negara, tetapi juga semua pihak. Apabila ekosistem ini berkembang, ia akan menjadi tarikan semula jadi bagi pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2026,” kata beliau dalam ucapan perasmian Hari Pelancongan Sedunia (WTD) 2025 bertemakan “Pelancongan dan Transformasi Mampan” serta Persidangan Pelancongan Sedunia (WTC) ketujuh di sini hari ini.

Teks ucapan Anwar dibacakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Perasmian Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD2025) di Banda Hilir, Melaka pada 27 September 2025. Foto Ab Rauf Yusoh

Turut hadir Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh serta Setiausaha Agung Pelancongan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Zurab Pololikashvili.

Anwar berkata pelancongan berasaskan alam semula jadi adalah antara segmen bernilai tinggi diutamakan Malaysia, selain pelancongan pengembaraan, pelancongan mesra Muslim, perkhidmatan perubatan dan kesihatan, pendidikan, acara perniagaan serta hab nomad digital.

“Kesemua ini membentuk tunjang strategi kita untuk mengembangkan sektor pelancongan dengan lebih bermakna, mampan dan berdaya tahan untuk masa akan datang.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Perasmian Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD2025) di Banda Hilir, Melaka pada 27 September 2025. Foto Ab Rauf Yusoh

“Kita juga menggalakkan model kitaran dan mekanisme perkongsian hasil yang mengalirkan semula pendapatan pelancongan ke destinasi yang menyokongnya.

“Hal ini akan membantu menangani apa yang disebut oleh para sarjana sebagai ‘beban terselindung’, iaitu kos yang sering diabaikan dalam memelihara infrastruktur dan ekosistem yang menyokong industri pelancongan,” katanya.

Mengenai pelepasan karbon dalam sektor pelancongan, Anwar berkata tiada negara mampu melakukan perubahan menyeluruh dalam industri secara sendirian, justeru kerjasama pelbagai pihak sangat penting demi masa depan lestari.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Perasmian Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD2025) di Banda Hilir, Melaka pada 27 September 2025. Foto Ab Rauf Yusoh

Perdana Menteri berkata selaku pengerusi ASEAN 2025, Malaysia sedang berusaha memperkukuh integrasi serantau untuk memudahkan perjalanan, menyelaras piawaian dan mengukuhkan kerangka kelestarian.

“Isu besar yang tidak boleh diabaikan ialah pelepasan karbon dalam pelancongan, khususnya daripada sektor penerbangan yang menyumbang separuh daripada jumlah pelepasan langsung dalam sektor ini.

“Malaysia sedang memberi tumpuan terhadap pelaburan besar dalam bahan api penerbangan lestari, dengan kemudahan pertama berasaskan biojisim dijangka siap pada 2027. Langkah ini bukan sahaja mampu mengurangkan karbon dalam sektor pelancongan, malah akan mewujudkan industri hijau dan peluang pekerjaan baharu,” kata beliau.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *