PM Anwar Gesa Pekerja Bangkit, Lawan Pihak Cuba Lagakan Sesiapa Sahaja

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan amanat pada sambutan Hari Pekerja 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya, hari ini. Foto RTM

PUTRAJAYA, 1 Mei – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak golongan pekerja bangkit dan melawan mana-mana pihak yang sengaja cuba melaga-lagakan dan merendahkan darjat sesiapa saja.

Perdana Menteri berkata, tindakan pihak terbabit yang menghina kaum, agama selain menafikan hak rakyat tidak perlu dilayan sama sekali.

“Saya mohon pengertian semua, hentikan kalau ada suara yang cuba melaga-lagakan kita, merendahkan darjat sesiapa, saudara bangkit dan melawan dengan sepenuh kekuatan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan amanat pada sambutan Hari Pekerja 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya, hari ini. Foto RTM

“Jangan sesekali melayan sifat menghina mana-mana kaum, agama atau menafikan hak mereka. Tetapi itulah bibit yang memecahkan hubungan kita,” katanya ketika menyampaikan amanat pada Sambutan Hari Pekerja 2024 bertemakan Pekerja Kesuma Bangsa di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *