PM Anwar Gegar Stadium Batu Kawan Sempena Sambutan Minggu Perpaduan 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan Sambutan Minggu Perpaduan 2025 Peringkat Kebangsaan di Stadium Negeri Batu Kawan, Pulau Pinang pada 19 Julai 2025. Foto Kementerian Perpaduan Negara

BATU KAWAN, 19 Jul – Kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tambah memeriahkan lagi Sambutan Minggu Perpaduan (SMP) Peringkat Kebangsaan 2025 yang berlangsung penuh bertenaga di pekarangan Stadium Batu Kawan memasuki hari ketiga hari ini.

Acara kemuncak perasmian yang diluncurkan Perdana Menteri pastinya meningkatkan semangat rakyat berbilang kaum untuk bersama-sama menyertai pelbagai program sampingan bertujuan membina perpaduan kaum di negara ini.

Bertemakan “Harmoni Dalam Kepelbagaian”, majlis perasmian SMP 2025 dijadual berlangsung pada 10.30 pagi dan turut dihadiri Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang serta Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow.

Pelbagai program menarik dan aktiviti bercirikan kenegaraan, pertandingan berkonsepkan perpaduan dan persembahan nyanyian lagu-lagu patriotik daripada Wany Hasrita, Amira Othman dan Haqiem Rusli pastinya menjadi tarikan utama menjelang konsert malam ini.

Untuk rekod, sambutan peringkat kebangsaan edisi ketiga selepas di Kuching, Sarawak pada 2023 dan Johor tahun lepas itu, juga akan diserikan dengan penyampaian Geran Rukun Tetangga (RT) Progresif dan pemberian Biasiswa Yayasan Tunku Abdul Rahman kepada penerima yang layak.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *