PM Anwar Diberi Sambutan Rasmi Negara Sempena Lawatan Ke India

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berpimpin tangan bersama rakan sejawatnya Narendra Modi dari India pada sambutan rasmi di Istana Presiden Rashtrapati Bhavan, New Delhi. Foto Bernama

NEW DELHI, 20 Ogos – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi sambutan rasmi di Istana Presiden Rashtrapati Bhavan, di sini, sempena kunjungan rasmi tiga hari ke India, hari ini.

Beliau tiba di Istana Presiden pada 9 pagi dan disambut rakan sejawatannya Narendra Modi.

Lagu kebangsaan kemudian dimainkan sebelum Modi diperkenalkan kepada menteri kabinet Malaysia.

PM Anwar Tiba Di New Delhi Kukuhkan Hubungan 67 Tahun Malaysia-India

Anwar kemudian meletakkan kalungan bunga di Gandhi Smriti, Raj Ghat iaitu pusara negara Bapa Negara India, Mahatma Gandhi, yang disemadikan pada 31 Januari 1948.

Beliau juga akan bertemu dengan Menteri Luar India dan seterusnya bersama Modi bagi pertemuan dua hala.

Terdahulu Anwar selamat tiba di ibu negara India di sini pada Isnin bagi mengukuhkan hubungan 67 tahun Malaysia-India dan mewujudkan agenda kerjasama pelbagai sektor untuk masa hadapan.

Pesawat khas membawa Anwar mendarat di Pangkalan Tentera Udara Palam, di sini pada jam 9.47 malam tadi (12.17 tengah malam waktu Malaysia).

Mengiringi Perdana Menteri ialah Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Datuk Seri Tiong King Sing; Menteri Digital Gobind Singh Deo; dan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Steven Sim.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *