PM Anwar Beri Lampu Hijau Siasat Menteri, Pegawai Terpalit Isu Rasuah

Azam bersama Fahmi ketika hadir pada Majlis Sambutan Hari Integriti peringkat Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) di Putrajaya. Foto Bernama

PUTRAJAYA, 7 NovPerdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberikan ‘lampu hijau’ kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), untuk menyiasat mana-mana menteri, pegawai kerajaan termasuk pegawai khas kepada Anwar sendiri, sekiranya wujud elemen rasuah.

Mendedahkan perkara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata Anwar sebagai seorang individu yang serius dalam membanteras elemen rasuah, pernah memberitahunya untuk tidak menunggu arahan beliau untuk melakukan siasatan ke atas mana-mana mereka yang terpalit isu rasuah.

“Pernah dia (Anwar) berkata kepada saya, Azam, kalau sekiranya ada pegawai kerajaan, menteri-menteri kaya ke atau pegawai khas saya ke, atau mana-mana pegawai khas, kalau sekiranya anda rasa ada mereka melakukan rasuah, sila siasat.

“Jangan tunggu untuk arahan atau kebenaran dari saya, Saya berikan anda kebenaran untuk menyiasat mereka,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Integriti peringkat Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) di sini hari ini.

Azam bersama Fahmi ketika hadir pada Majlis Sambutan Hari Integriti peringkat Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) di Putrajaya. Foto Bernama

Beliau memberi jaminan akan bekerjasama dengan semua pihak bagi mencapai hasrat Anwar yang mahu tatakelola dan integriti pentadbirannya terus dikekalkan bagi menjaga imej kerajaan.

Sementara itu Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil turut menyokong arahan Perdana Menteri bagi memastikan SPRM kekal bebas dan tidak terikat pada arahan mana-mana pihak sekiranya wujud kepincangan pada masa-masa akan datang.

“Tengah hari tadi saya melancarkan Majlis Sambutan Hari Integriti Kementerian Komunikasi dan Digital 2023.

“Sebelum memulakan ucapan, saya mengetuai Ikrar Bebas Rasuah bersama warga Kementerian dan agensi KKD.

“Saya turut mengingatkan kesemua warga KKD untuk tidak sesekali terlibat dengan salah guna kuasa dan rasuah.

“YAB Perdana Menteri juga telah memberi kebebasan penuh kepada SPRM untuk siasat siapa pun yang memberi atau menerima rasuah tanpa mengira latar belakang atau ideologi.

“Hina Rasuah, Bina Maruah!,” katanya.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *