Krisis Asia Barat: MTEN Pantau Secara Mingguan – PM Anwar

Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Bilangan 2 tahun 2026 di Putrajaya pada 16 Mac 2026. Foto PMO

PUTRAJAYA, 16 Mac – Susulan krisis yang sedang berlaku di Asia Barat, Jemaah Menteri telah bersetuju supaya Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) memantau perkara ini dan perbincangan mendalam diadakan secara mingguan.

Untuk itu, Mesyuarat MTEN Bilangan 2 Tahun 2026 pada hari ini telah mendengar taklimat terkait petunjuk-petunjuk utama semasa ekonomi negara dan secara keseluruhan, keadaan adalah terkawal, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataan hari ini.

Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Bilangan 2 tahun 2026 di Putrajaya pada 16 Mac 2026. Foto PMO

Namun, Perdana Menteri berkata, pemantauan dan langkah-langkah awal atas kemungkinan yang bakal timbul perlu direncanakan sekarang.

Dan sehubungan itu, perbincangan-perbincangan MTEN akan melibatkan penyertaan lebih aktif daripada pihak industri bagi memastikan pemahaman isu dan cadangan penyelesaian yang lebih cepat serta praktikal dapat ambil.

Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Bilangan 2 tahun 2026 di Putrajaya pada 16 Mac 2026. Foto PMO

“Kerajaan MADANI akan terus memantau rapat krisis ini serta kesannya kepada ekonomi dan rakyat dan kekal fokus mengekalkan asas ketahanan ekonomi negara dan memastikan kelangsungan hidup rakyat tidak terjejas,” ujar Anwar yang juga Menteri Kewangan.

Turut hadir, Timbalan-timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta Menteri Kewangan II dan Menteri Ekonomi.

Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Bilangan 2 tahun 2026 di Putrajaya pada 16 Mac 2026. Foto PMO

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *