PM Anwar Akhiri Lawatan Kerja Dua Hari Ke Sabah

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas pulang ke Semenanjung setelah mengakhiri lawatan kerja dua hari ke Sabah pada 27 September 2025. Foto RTM

SANDAKAN, 27 Sep – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas pulang ke Semenanjung setelah berada di Sabah selama dua hari bagi lawatan kerja di beberapa daerah di negeri ini.

Pesawat khas membawa Datuk Seri Anwar berlepas pada pukul 11.35 pagi tadi dari Lapangan Terbang Sandakan di sini menuju Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka di Batu Berendam.

Sepanjang lawatan kerja berkenaan, Anwar yang juga Menteri Kewangan turut meninjau projek pembinaan perumahan Angkatan Tentera di sini dengan kos sebanyak RM190 juta bagi kemudahan warga tentera.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Sarapan Mesra Wira Samudera di Kompleks Kuarters ATM Taman Samudera, Sandakan pada 27 September 2025. Foto APM Sandakan

Malam ini, Perdana Menteri dijadual akan merasmikan peluncuran Kempen Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026 di Klebang serta merasmikan Hari Pelancongan Sedunia (WTD) 2025 dan Persidangan Pelancongan Sedunia (WTC) 2025, yang bermula hari ini hingga Isnin.

Acara anjuran Pertubuhan Pelancongan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNWTO) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dan kerajaan negeri Melaka itu, menandakan kali kedua Malaysia menjadi tuan rumah selepas edisi terakhir lebih dua dekad lepas iaitu pada 2004.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Sarapan Mesra Wira Samudera di Kompleks Kuarters ATM Taman Samudera, Sandakan pada 27 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Pemilihan Melaka membuktikan pengiktirafan antarabangsa terhadap keupayaan negeri itu sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia, didukung status bandar Melaka sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Semalam, Perdana Menteri tiba di Kota Kinabalu, sebelum meneruskan lawatan rasmi ke Tawau dan seterusnya ke Sandakan bagi menghadiri beberapa program rasmi diiringi Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan kepimpinan kerajaan persekutuan dan negeri.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *