PM Anwar Akan Rasmi Sambutan Hari Pekerja 2024 Bertemakan ‘Pekerja Kesuma Bangsa’

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan hadir merasmikan Sambutan Hari Pekerja 2024 yang akan dipancarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bermula jam 10 pagi esok.

KUALA LUMPUR, 30 Apr – Dengan tema Hari Pekerja Tahun 2024 ialah “PEKERJA KESUMA BANGSA” dan Logo Hari Pekerja 2024, ia bertepatan dengan penjenamaan semula Kementerian Sumber Manusia kepada KESUMA.

Singkatan daripada nama kementerian itu sendiri, ia disasar akan meningkatkan lagi kesedaran masyarakat tentang sumbangan para pekerja dalam memajukan negara.

Menurut kenyataan sempena Hari Pekerja, pemilihan tema ini adalah seiring dengan inisiatif Kerajaan melahirkan modal insan yang mempunyai ciri-ciri kebudayaan, nilai dan aspirasi yang sama disamping berkompetensi untuk berinovasi dan meneroka bidang-bidang baru yang merupakan faktor yang akan menentukan daya saing dan kemakmuran masa depan negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan hadir merasmikan Sambutan Hari Pekerja 2024 yang akan dipancarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bermula jam 10 pagi esok.

“Sambutan Hari Pekerja 2024 akan dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia yang akan dihadiri oleh lebih daripada 3,000 pekerja yang terdiri dari kesatuan, badan berkanun, sektor awam dan swasta di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

“YAB Perdana Menteri Malaysia akan menyampaikan beberapa Anugerah Hari Pekerja pada perhimpunan tersebut sebagai usaha menghargai sumbangan pekerja kepada pembangunan negara,” kata kenyataan kementerian itu yang disiarkan hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, pada tahun ini, 12 Anugerah akan dikurniakan kepada pekerja, majikan, kesatuan, media dan kontinjen.

Selain menyampaikan anugerah, Perdana Menteri juga akan melancarkan Kerangka Dasar Sumber Manusia 2030.

“Beberapa aktiviti sempena Hari Pekerja turut dirancang seperti 4 Siri Pocket Talk, Larian Hari Pekerja, Perhimpunan Pengamal Keselamatan dan Kesihatan, Khutbah Jumaat, Forum Perdana dan Karnival Kerjaya yang menawarkan 10,000 peluang pekerjaan dan pameran jabatan dan agensi kerajaan.

“Program-program ini dianjurkan untuk memberi pendedahan kepada rakyat mengenai hak dan tanggungjawab pekerja dan majikan, peluang pekerjaan serta kursus kemahiran teknikal yang ditawarkan kepada anak-anak muda,” tambah kenyataan itu lagi.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *