PM Anwar Akan Berucap Pada Sesi Plenari Pembukaan ‘Visi Baharu Pembangunan Global’

Ketibaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim serta delegasi Malaysia disambut oleh Naib Menteri Luar Arab Saudi, Waleed A El-Khereiji bersama-sama rakan sejawatnya Datuk Seri Mohamad Hasan dan Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah. Foto Facebook Anwar Ibrahim

RIYADH, 28 AprMesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) bermula di Riyadh, Arab Saudi hari ini, dengan matlamat untuk mencari penyelesaian kepada pelbagai cabaran global berkaitan isu kemanusiaan, iklim dan ekonomi.

Bertemakan ‘Kerjasama Global, Pertumbuhan dan Tenaga untuk Pembangunan’, mesyuarat dua hari yang disertai lebih 1,000 pemimpin dunia daripada 92 negara, termasuk ketua negara dan kerajaan, ahli pemikir dari sektor awam dan swasta, selain organisasi antarabangsa, institusi akademik dan badan bukan kerajaan (NGO).

Presiden WEF Borge Brende pada Sabtu berkata, Setiausaha Negara Amerika Syarikat Antony Blinken juga dijangka hadir pada mesyuarat dihoskan Arab Saudi itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengetuai delegasi Malaysia ke mesyuarat itu, akan menyampaikan ucapan pada sesi Plenari Pembukaan bertemakan ‘Visi Baharu Pembangunan Global’ bersama pemimpin negara lain.

Ketibaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim serta delegasi Malaysia disambut oleh Naib Menteri Luar Arab Saudi, Waleed A El-Khereiji bersama-sama rakan sejawatnya Datuk Seri Mohamad Hasan dan Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Speaker lain termasuklah Presiden Rwanda Paul Kagame, Presiden Nigeria Bola Ahmed Tinubu, Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) Kristalina Georgieva, Ketua Pegawai Eksekutif Lazard Group LLC Peter Orszag dan Brende.

Program WEF termasuk Dialog Strategi Serantau Bersama mengenai ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC), Anwar dijangka akan menyampaikan ucapan perasmian, mengambil kira Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025.

Perdana Menteri juga akan menghadiri program Dialog Strategi Negara mengenai Malaysia dan beliau akan berinteraksi dengan pemimpin industri dunia, bagi mengetengahkan peluang ekonomi yang boleh dimanfaatkan di Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba ke Riyadh, Arab Saudi bersama delegasi Malaysia jam 10.25 malam tadi untuk menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) selama dua hari sehingga Isnin. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Semasa lawatan kerja itu, Anwar juga akan bertemu dengan ketua-ketua negara dan kerajaan, bagi mengukuhkan lagi hubungan serta kerjasama dua hala, selain bertukar-tukar pandangan mengenai hal ehwal serantau dan antarabangsa, termasuk rakan sejawatnya dari Jordan Bisher Hani Al-Khasawneh dan Presiden Rwanda Paul Kagame.

WEF menyatakan bahawa mesyuarat khas itu, akan membolehkan dialog komprehensif mengenai memanfaatkan kerjasama global untuk pembangunan ekonomi dan menggalakkan peralihan tenaga global yang menyokong kelestarian.

Mesyuarat itu juga akan memajukan inisiatif forum utama di rantau ini dan lebih luas lagi, dengan matlamat merapatkan jurang Utara-Selatan yang semakin meningkat, yang telah diperluaskan lagi oleh isu seperti dasar ekonomi baru muncul, peralihan tenaga dan kejutan geopolitik.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *