PL: ‘Pengganti’ Isak Selamatkan Maruah The Magpies

Jaringan sulung Woltemade menyelamatkan maruah The Magpies ketika menang tipis 1-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di St. James’ Park pada 13 September 2025. Foto Reuters

NEWCASTLE, 14 Sep – Eddie Howe memuji Nick Woltemade selepas penyerang Jerman itu menyumbat gol pada penampilan sulungnya ketika menyelamatkan maruah The Magpies 1-0 di laman sendiri ke atas Wolverhampton Wanderers malam tadi, sekali gus mencetus kemenangan pertama kelab itu dalam Liga Perdana Inggeris (PL) musim ini.

Woltemade, yang dibawa masuk bagi menggantikan Alexander Isak selepas penyerang Sweden itu berhijrah ke Liverpool dengan rekod perpindahan Britain, menanduk masuk hantaran Jacob Murphy pada separuh masa pertama untuk menamatkan rentetan tiga perlawanan tanpa kemenangan dan menyemarakkan semula semangat di St James’ Park.

Howe memuji penyerang berusia 23 tahun bekas pemain Stuttgart itu kerana pantas menyesuaikan diri dengan cabaran sengit PL.

Jaringan sulung Woltemade menyelamatkan maruah The Magpies ketika menang tipis 1-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di St. James’ Park pada 13 September 2025. Foto AFP

Newcastle membeli Woltemade dua hari sebelum tarikh tutup perpindahan dengan nilai rekod kelab sebanyak £69 juta (RM393 juta).

Namun ujian sebenar pemain Jerman itu akan dihadapi ketika menentang gergasi Sepanyol, Barcelona dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) Khamis ini.

“Bagus melihat Nick menjaringkan gol pada penampilan sulungnya. Sangat kuat, saya benar-benar berpuas hati dengannya. Dari segi taktikal dia faham apa yang kami mahukan. Ia perlawanan yang mencabar untuknya, dia mengalami kejang otot di akhir permainan. Dia menyudahkan golnya dengan cemerlang,” kata Howe kepada BBC Sport.

Pemain Newcastle, Harvey Barnes (tengah) menjaringkan gol ketiga di St James’ Park, Newcastle-upon-Tyne menewaskann United musim lalu. Foto AFP

Seorang lagi pemain baharu, pemain sayap Yoane Wissa masih menunggu penampilan sulung bersama Newcastle selepas mengalami kecederaan lutut ketika tugasan antarabangsa bersama DR Congo awal minggu ini.

Woltemade kelihatan serasi dengan barisan serangan sedia ada Newcastle, bergandingan kemas dengan pemain sayap Harvey Barnes dan Jacob Murphy menentang Wolves.

Ditanya sama ada Woltemade dan Wissa boleh bergandingan baik di bahagian serangan, Howe berkata: “Ia sesuatu yang boleh kami lakukan dan akan kami nilai. Saya tidak tahu sama ada kami mahu ubah terlalu banyak dari segi kerangka taktikal tetapi saya tidak akan menolak sebarang kemungkinan.

“Saya rasa kami bermain agak baik selepas lima minit pertama. Hakikat kami belum menang mencetus lebih banyak tekanan pada hujung permainan,” kata Howe.

“Kemenangan ini penting tetapi sudah tentu kami mahu menang dengan gaya yang lebih baik dan menjaringkan lebih banyak gol. Kami bertahan dengan baik sebagai satu pasukan.”

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *