PL: Pemecatan Potter Dari West Ham ‘Sudah Dijangka’

Pemecatan Graham Potter juga menyebabkan spekulasi tentang siapa yang akan membimbing The Hammers bagi baki musim 2025/26. Foto Reuters
LONDON, 27 Sep – Spekulasi yang bertebaran di media sosial beberapa hari lalu berkenaan nasib Graham Potter, akhirnya terjawab hari ini.
Pengurusan West Ham United membuat keputusan memecat Potter susulan kekalahan 1-2 kepada Crystal Palace, minggu lalu.
Kekalahan berkenaan menyaksikan West Ham terus tenggelam di tangga ke-19 Liga Perdana Inggeris (PL) dengan hanya tiga mata daripada lima perlawanan.
Keputusan itu diumumkan kelab menerusi kenyataan rasmi, hari ini tanpa menunjukkan wajah Potter dengan menegaskan prestasi pasukan sejak separuh kedua musim lalu hingga permulaan musim 2025/26 gagal mencapai sasaran yang ditetapkan.
“Keputusan dan prestasi pasukan tidak menepati jangkaan yang ditetapkan.
“Justeru Lembaga Pengarah percaya perubahan perlu dilakukan segera bagi memperbaiki kedudukan kelab dalam Liga Perdana,” menurut kenyataan itu.
Potter, 50, anak kelahiran Solihull belum membuat sebarang keputusan mengenai masa depannya dalam mana-mana kelab dan akan memaklumkan sebarang perkembangan selepas berehat dari tugasan di The Hammers.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
