PL: Moyes ‘Koyak’ Tak Dapat Terima Tindakan Pengadil

Penyokong Liverpool dan Everton kelihatan dipisahkan dengan steward bertugas ketika aksi panas Merseyside Derby di Anfield pada 20 September 2025. Foto Reuters
LIVERPOOL, 22 Sep – Bos Everton, David Moyes mengakui ‘kurang senang’ dengan beberapa keputusan pengadil perlawanan, Darren England yang ditugaskan mengadili perlawanan melibatkan aksi Merseyside Derby menentang Liverpool di Anfield kelmarin.
Selain kecewa dengan kekalahan 1-2, Moyes nyata tidak mampu untuk berselindung daripada meluahkan rasa kurang berpuas hati dengan keputusan England termasuk dalam aspek masa kecederaan yang dilanjutkan.
Malah, pemain baharu Everton, Jack Grealish yang secara terang-terangan melakukan protes terhadap kualiti pengadilan pada akhir perlawanan menyebabkan dia dikenakan layangan kad kuning.

“Mereka cuba memperlahankan perlawanan dan saya juga tidak pernah lihat sepanjang hidup saya ada layangan kad kerana tindakan mengambil sepakan percuma dengan cepat. Saya tidak tahu dari mana datangnya peraturan itu.
“Begitu juga dengan masa tambahan. Dalam tempoh dua atau tiga tahun ini, saya tidak lihat ada perlawanan hanya ditambah satu hingga tiga minit,” kata Grealish.
Kedua-dua gol The Reds dihasilkan oleh Ryan Gravenberch dan Hugo Ekitike, manakala Idrissa Gueye meledak gol saguhati Everton.

Jaringan Gueye berjaya menambah kualiti permainan Everton yang dilihat terus memberikan tekanan kepada benteng pertahanan Liverpool di babak kedua, namun tiada tambahan jaringan mampu dihasilkan kedua-dua pasukan.
Setakat ini, tiada laporan perlanggaran terhadap England dan Moyes dilihat tidak mampu mengawal emosinya sendiri ekoran kekalahan memalukan seteru tetangga itu.
Keputusan tersebut menyebabkan The Toffees terus merudum ke tangga ke-10 dengan tujuh mata daripada lima perlawanan sementara The Reds terus unggul mengumpul mata maksimum 15 untuk terus gah di persada liga.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
