PL: Manchester City Tumbang Di Etihad

Penyerang Tottenham Joao Palhinha meraikan jaringan bersama rakan sepasukan ketika menewaskan City di Stadium Etihad, Manchester pada 23 Ogos 2025. Foto Getty Images

MANCHESTER, 23 Ogos – Manchester City dipalit kekalahan memalukan di laman sendiri apabila tunduk 0-2 kepada Tottenham Hotspur dalam aksi Liga Perdana Inggeris (PL), sebentar tadi.

Barisan pertahanan The Citizens sekali lagi menjadi titik lemah selain prestasi hambar penjaga gol muda, James Trafford yang gagal menggalas tugas dengan baik.

Jaringan Brennan Johnson dan Joao Palhinha sebelum rehat separuh masa sudah cukup untuk memastikan Spurs pulang dengan tiga mata berharga.

Erling Haaland berang selepas pasukan itu melepaskan gol kedua semasa perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris antara Manchester City dan Tottenham Hotspur di Stadium Etihad, pada 23 Ogos 2025. Foto AFP

Kesilapan Trafford yang cuba melorong bola di kawasan sendiri akhirnya dihukum Palhinha selepas cubaan awal Richarlison ditepis penjaga gol itu.

Erling Haaland pula gagal memanfaatkan dua peluang terbaik termasuk tandukan yang tersasar, menyebabkan City terus buntu hingga tamat perlawanan.

Situasi semakin merumitkan bos City, Pep Guardiola apabila Ederson dilaporkan hampir berhijrah ke Galatasaray sekali gus membuka ruang kepada City mendapatkan Gianluigi Donnarumma.

Kemenangan itu melonjakkan Tottenham ke tangga teratas liga sekali gus memberikan permulaan sempurna buat pengendali baharu mereka, Thomas Frank.

Sebaliknya, kekalahan tersebut menimbulkan persoalan besar mengenai kemampuan City untuk kembali merebut takhta selepas empat musim berturut-turut menguasai liga.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *