PL: Man City Tunggu ‘Peluang’, Apa Pilihan Arsenal?

Skuad kendalian Mikel Arteta yang sekadar menamatkan saingan selaku naib juara dalam tiga musim berturut-turut sebelum ini, kembali bergelut dengan tekanan perebutan kejuaraan. Foto AFP

LONDON, 27 Feb – Arsenal berpeluang mencatat kemenangan ketiga ke atas Chelsea musim ini iaitu sesuatu yang kali terakhir mereka capai pada musim 2003-04 ketika menjulang gelaran Liga Perdana Inggeris (PL).

Namun misi bergelar juara tidak mudah apabila Manchester City terus menekan di belakang dengan jurang hanya lima mata dan bermain kurang satu perlawanan berbanding Arsenal.

Skuad kendalian Mikel Arteta yang sekadar menamatkan saingan selaku naib juara dalam tiga musim berturut-turut sebelum ini, kembali bergelut dengan tekanan perebutan kejuaraan apabila seri menentang Brentford dan Wolverhampton Wanderers bulan ini.

PEMAIN Manchester City meraikan kemenangan 2-1 ke atas Newcastle United di Stadium Etihad pada 21 Februari 2026. Foto Reuters

Mereka bangkit dengan kemenangan 4-1 ke atas Tottenham Hotspur, minggu lalu, namun sebarang keputusan selain tiga mata menentang Chelsea pada awal pagi Isnin berpotensi membuka ruang buat City merapatkan kedudukan.

Chelsea yang kini di tangga kelima, tidak pernah menewaskan Arsenal sejak tahun 2021 dan sudah tewas dua kali dalam aksi separuh akhir Piala Liga musim ini.

Bagaimanapun, mereka berjaya mengikat Arsenal dalam aksi PL November lalu meskipun beraksi dengan 10 pemain.

Kemenangan tipis City 2-1 ke atas Newcastle United tambah memberi tekanan ke atas Arsenal apabila kini dipisahkan dengan hanya dua mata pada 21 Februari 2026. Foto AFP

Pengendalinya, Liam Rosenior pasti mahu mengelak daripada menjadi mangsa kekalahan ketiga musim ini kepada seteru London itu.

Arsenal pula tidak kebal di laman sendiri selepas seri menentang Liverpool dan tewas kepada Manchester United dalam dua aksi terakhir bertemu pasukan kelompok enam teratas di Emirates.

City pula bertandang ke gelanggang Leeds United pada awal pagi Ahad dan berpeluang merapatkan jurang mata.

Alexis MacAlister muncul wira Liverpool ketika menang tipis 1-0 ke atas Nottingham Forest di Stadium City Ground, Nottingham pada 22 Februari 2026.

Namun, Leeds sebelum ini hampir mencuri satu mata ketika pertemuan November lalu sebelum tewas 1-2 hasil jaringan lewat Phil Foden.

Pada ketika hanya 10 perlawanan berbaki selepas hujung minggu ini, setiap mata kini amat berharga dalam perebutan takhta liga.

City membawa momentum lima kemenangan berturut-turut dalam semua pertandingan menjelang kunjungan ke Elland Road.

Pemain Everton gagal menyamakan kedudukan setelah gol minit ke-72 Benjamin Sesko meneruskan rentak kemenangan United di bawah kendalian Michael Carrick pada aksi di Stadium Hill Dickinson pada 23 Februari 2026. Foto Manchester United

Namun Leeds kendalian Daniel Farke bukan lawan mudah kerana sejak Januari, lima daripada enam pasukan kelompok teratas liga sudah menentang Leeds dan semuanya kecuali Arsenal sekadar mampu seri.

Leeds yang kini di tangga ke-15 dan enam mata di atas zon penyingkiran, sudah mengikat Liverpool, Manchester United, Chelsea dan Aston Villa dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

Tottenham pula menjadi satu-satunya pasukan tanpa kemenangan liga pada 2026.

Pemain Newcastle United, Jacob Ramsey (tengah) meraikan gol kedua pasukannya menewaskan Tottenham Hotspur 2-1 pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Tottenham Hotspur, London pada 10 Februari 2026. Foto AFP

Skuad kendalian Igor Tudor kini hanya empat mata di atas zon penyingkiran selepas mengharungi sembilan perlawanan tanpa kemenangan.

Mereka sekadar mengutip dua mata daripada lima aksi terakhir dan perlu segera bangkit apabila bertandang ke laman Fulham pada Ahad ini.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *