PL: Kalah Dengan Bournemouth, Spurs Dikecam Penyokong Sendiri

Gagal memanfaatkan peluang menjadi punca Spurs tewas mengejut 0-1 di tangan Bournemouth ketika aksi Liga Perdana Inggeris pada 30 Ogos 2025. Foto Tottenham Hotspur

LONDON, 1 Sep – Pengurus baharu Tottenham Hotspur, Thomas Frank mengakui para peminat pasukan itu mempunyai hak untuk mengecam pasukan itu ketika mereka tewas mengejut 0-1 berdepan Bournemouth di laman sendiri kelmarin.

Frank menikmati aksi pemula yang hebat bersama Spurs apabila mencatat dua kemenangan termasuk menewaskan Manchester City selain mengatasi Chelsea dalam perebutan mendapatkan Xavi Simons.

Bagaimanapun, aksi menentang The Cherries menjadi mimpi ngeri pertamanya apabila mereka gagal mempamerkan aksi terbaik apabila hanya melakukan percubaan pertama menerusi Lucas Bergvall pada minit ke-69.

“Saya harap mereka tidak mengecam kami, tetapi saya memahaminya. Ia bukanlah persembahan yang baik kerana peminat meletakkan jangkaan yang tinggi. Jadi, ia adalah adil apabila kami dikecam.

“Saya tidak fikir kami menunjukkan standard permainan yang sepatutnya, tetapi pemain sudah memberikan segala-galanya. Dalam bola sepak, adakalanya apabila anda memberi seluruh jiwa raga, namun ia belum mencukupi,” jelasnya.

Spurs mengharapkan kehadiran Simons mampu menambah kreativiti pasukan itu biarpun dia masih belum diturunkan untuk aksi menentang Bournemouth kelmarin.

Bekas pemain Liverpool, James Milner berjaya meledak satu gol untuk membantu Brighton menewaskan Manchester City 2-1 di Stadium Amex pada 31 Ogos 2025. Foto Premier League

“Kadang-kadang anda memerlukan pemain yang mampu melakukan sesuatu yang luar biasa, melepasi kawalan pemain lawan, melakukan hantaran lintang dan mencipta percubaan dengan kualiti yang lebih. Saya percaya Simons mampu melakukannya,” ujarnya.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *