Merdeka 68: SenaMERDEKA Bersamamu Wangsa Maju Pupuk Perpaduan, Kebersamaan

Inisiatif penganjuran SenaMERDEKA daripada KEADILAN Wangsa Maju berjaya menyatu padukan peserta pelbagai kaum sesuai dengan tema ‘Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni’ sekali gus menggalakan aktiviti riadah menjelang 31 Ogos 2025.

PENDAPAT, 1 Sep – SenaMERDEKA berlangsung dengan berjaya. Kehadiran melebihi jangkaan, dengan lebih daripada 300 peserta menyertai kami dalam program sempena Hari Kebangsaan Malaysia ke-68.

Terima kasih kepada Jojo Linedance, kawan baik KEADILAN Wangsa Maju yang sentiasa berdiri di belakang saya sejak sekian lama.

Mesej perpaduan dan kebersamaan menjadi penyatu pelbagai kaum apabila kira-kira 300 peserta menyertai SenaMERDEKA yang diadakan di Tasik Danau Kota pada 30 Ogos 2025.

Orang kuat Jojo, kebetulan berada dalam pimpinan cabang. Pn Yap dan Ivy telah menunjukkan komitmen yang serius untuk mengharumkan nama cabang.

Oleh itu, Tasik Danau Kota bergema, dengan laungan MERDEKA oleh peserta program. Bendera Malaysia dikibar dengan megah sebagai satu tanda perpaduan seperti mana yang diidamkan semua.

Inisiatif KEADILAN Cabang Wangsa Maju menganjurkan SenaMERDEKA membuktikan perpaduan dan kebersamaan boleh dipupuk dalam jiwa seluruh rakyat Malaysia.

KEADILAN meraikan perbezaan di sebalik perpaduan. Reformasi telah menjadi asas kepada penubuhan Kerajaan Perpaduan dan formula ini terbaik buat Malaysia, serta diidamkan oleh banyak negara.

Saya menetapkan janji saya buat akar umbi, di mana KEADILAN Wangsa Maju akan sentiasa bergerak bersama mereka. Walaupun sedemikian, kemelut bendera terbalik baru-baru initelah menjadi buah mulut masyarakat antarabangsa.

Semangat perpaduan dan kebersamaan di kalangan pelbagai kaum menjadi resepi utama penganjuran SenaMERDEKA yang disertai kira-kira 300 peserta di Tasik Danau Kota pada 30 Ogos 2025.

Paksaan dari sesetengah pihak yang berpemikiran sempit, mempelawa skandal yang tidak diingini. Cemburu dengan kejayaan tidak seharusnya mengguna taktik begini untuk menjatuhkan pimpinan kerajaan.

Saya menyeru agar kita tidak menjadi burung unta – sekadar menggali lubang untuk kepala masuk dalam tanah tidak akan menyelesaikan masalah.

Kibaran Jalur Gemilang serentak daripada kira-kira 300 peserta SenaMERDEKA menggambarkan intipati perpaduan dan kebersamaan di kalangan warga Wangsa Maju pada 30 Ogos 2025.

Malah, kita lagi harus berdepan dengan realiti yang sememangnya kejam, namun sekiranya dapat mengharungi, kesudahannya pasti indah. Anda akan jadi lebih selamat, kerana pasukan kami telah teruji sebanyak 3 penggal berturut-turut.

Membujur lalu, melintang patah kata mereka. Lawan tetap lawan, tetapi ada masanya sampai masa untuk sayang, tetap saya sayang kepada ahli kita yang memberi kesetiaan yang mantap untuk kami memang dalam PRU.

Kira-kira 300 peserta SenaMERDEKA bergaya dengan busana masing-masing bagi menzahirkan rasa perpaduan dan kebersamaan di Tasik Danau Kota pada 30 Ogos 2025.

KEADILAN Wangsa Maju teguh bersama PMX Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Nurul Izzah Anwar. Biarkan kami akar umbi menjalankan tugas kami.

Biar kami angkat pimpinan setempat menjadi sebahagian daripada keluarga besar KEADILAN. Dan dengan iltizam berpandukan reformasi, akan saya jadikan Wangsa Maju tetap menjadi kubu kuat KEADILAN dulu, kini dan selamanya.

Semua kaum tanpa mengira usia bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang pada program SenaMERDEKA yang diadakan di Tasik Danau Kota pada 30 Ogos 2025.

Bersamamu Wangsa Maju, Wangsa Maju bersamamu.

Mari kibarkan Jalur Gemilang!

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *