PL: Dua Gol Isak Bantu Newcastle Benam Forest

Pemain Newcastle Joe Willock (kanan) mempamerkan aksi mantap ketika membenam Nottingham Forest di St. James’ Park pada 23 Februari 2025. Foto Premier League

NEWCASTLE, 23 Feb – Newcastle United menewaskan Nottingham Forest 4-3 dalam pertemuan Liga Perdana Inggeris (PL) yang mendebarkan di St James’ Park pada hari Ahad.

Callum Hudson-Odoi mengejutkan penyokong tuan rumah dengan meletakkan Forest di hadapan hanya selepas enam minit aksi babak pertama.

The Magpies bagaimanapun mendahului pasukan pelawat dengan empat gol berturut-turut selepas itu.

Alexander Isak meraikan jaringan peribadi kedua dan keempat buat Newcastle ketika menewaskan Nottingham Forest di St. James’ Park pada 23 Februari 2025. Foto Getty Images

Lewis Miley menyamakan kedudukan untuk tuan rumah pada minit ke-23.

Jacob Murphy menambah gol kedua dua minit kemudian.

Penyerang sensasi Alexander Isak meledak dua gol lagi sebelum rehat masing-masing menerusi penalti pada minit ke-33 dan menyumbat gol peribadi kedua seminit selepas itu.

Nikola Milenkovic membalas satu gol pada minit ke-63 sebelum Ryan Yates menjaringkan gol pada minit ke-90 ketika Newcastle terselamat daripada pengakhiran yang mencemaskan.

Keputusan itu menyaksikan mereka naik ke tangga kelima dalam carta Liga Perdana dan menyamai 44 mata dengan Manchester City yang menduduki tempat keempat dan sedang ketinggalan 0-2 di tangan pendahulu liga, Liverpool.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *