Piala FA: Pertembungan Getir Manchester City-Tottenham

Pertembungan pusingan keempat Piala FA antara Tottenham Hotspur dan juara bertahan, Manchester City paling menjadi tumpuan malam esok. Foto Reuters

LONDON, 25 Jan – Pertembungan pusingan keempat Piala FA Inggeris antara Tottenham Hotspur dan juara bertahan, Manchester City paling menjadi tumpuan awal pagi Sabtu.

Spurs menewaskan Burnley 1-0 untuk menempah pertembuan dengan juara treble itu, yang memulakan misi mempertahan kejuaraan dengan membelasah Huddersfield Town 5-0 di pusingan ketiga.

Tanpa saingan di pentas Eropah dan tersingkir awal dalam kejuaraan Piala Liga, Spurs kendalian Ange Postecoglou hanya mempunyai peluang cerah untuk menamatkan kemarau trofi dengan menjuarai Piala FA.

Sembilan hari selepas menewaskan The Clarets, Tottenham kembali ke kancah Liga Perdana Inggeris dengan bangkit mengikat Manchester United 2-2 di Old Trafford.

Rasmus Hojlund dan Marcus Rashford dua kali meletakkan United di depan, tetapi Richarlison dan Rodrigo Bentancur memastikan Spurs pulang dengan satu mata.

Tottenham belum pernah tersingkir di pusingan keempat Piala FA sejak musim 2018-19.

Pertembungan pusingan keempat Piala FA antara Tottenham Hotspur dan juara bertahan, Manchester City paling menjadi tumpuan malam esok. Foto Reuters

Perlawanan esok adalah pertemuan pertama Piala FA menentang juara bertahan di laman sendiri sejak tahun 1952, yang menyaksikan mereka tewas 3-0 di tangan Newcastle United.

Man City kendalian Pep Guardiola, yang ketinggalan lima mata di belakang Liverpool dalam saingan liga, belum pernah tersingkir di pusingan keempat Piala FA sejak musim 2014-15 ketika di bawah bimbingan Manuel Pellegrini.

Stadium Tottenham Hotspur juga menjadi igaun ngeri buat City apabila mereka tewas kesemua lima perlawanan tanpa menjaringkan sebarang gol.

Tottenham akan turun tanpa beberapa tonggak utamanya, Pape Sarr dan Yves Bissouma yang beraksi di Piala Negara-Negara Afrika bersama Mali dan Senegal, serta Son Heung-min yang bersama Korea Selatan untuk Piala Asia di Qatar.

Barisan kemungkinan Tottenham:

Vicario; Porro, Romero, Van de Ven, Udogie; Hojbjerg, Bentancur; Johnson, Kulusevski, Werner; Richarlison

Barisan kemungkinan Manchester City:

Ortega; Walker, Dias, Ake, Gvardiol; Rodri, Kovacic; Silva, De Bruyne, Foden; Alvarez


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *