Piala Asia 2027: ‘Terima Kasih TMJ, PM Anwar’ – Hannah Yeoh

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menonton aksi kelayakan Piala Asia 2027 antara Malaysia dan Vietnam di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 10 Jun 2025. Foto Facebook Hannah Yeoh

KUALA LUMPUR, 11 Jun – Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh nyata berbangga dengan kejayaan skuad Harimau Malaya membelasah Vietnam 4-0 pada aksi kedua Kumpulan F kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.

Menerusi catatan di laman Facebook, Hannah berterima kasih kepada Pemangku Sultan Johor (TMJ), Tunku Mahkota Ismail dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dianggapnya sebagai pencetus kepada revolusi Harimau Malaya.

Malah, beliau turut mengucapkan tahniah kepada ketua jurulatih skuad kebangsaan, Peter Cklamovski selain menghargai sokongan padu yang diberikan seluruh peminat bola sepak tanah air terutama Ultras Malaya.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh memuji skuad Harimau Malaya pada aksi kelayakan Piala Asia 2027 antara Malaysia dan Vietnam di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 10 Jun 2025. Foto Facebook Hannah Yeoh

“Tahniah diucapkan kepada jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski di atas kejayaan menewaskan Vietnam 4-0 dalam aksi kedua Kumpulan F kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

“Ia sekali gus menamatkan penantian 11 tahun (Harimau Malaya tidak menang) ke atas skuad Naga Emas. Gegak gempita Ultras Malaya ditambah lagi sorakan padu 61,512 penyokong menjadi satu memori manis kepada rakyat Malaysia yang meraikan kejayaan ini.

“Terima kasih TMJ (Tunku Mahkota Ismail), terima kasih PMX. Selamanya Harimau Malaya,” tulis Hannah.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh memuji skuad Harimau Malaya pada aksi kelayakan Piala Asia 2027 antara Malaysia dan Vietnam di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 10 Jun 2025. Foto Facebook Hannah Yeoh

Pada aksi itu, pemain warisan baharu, Joao Figueiredo yang juga pemain terbaik perlawanan meledak gol pembukaan pada minit ke-49 sebelum Rodrigo Holgado, La’Vere Corbin Ong dan Dion Cools menambah tiga lagi gol selepas itu.

Kemenangan ke atas Vietnam meletakkan Harimau Malaya di kedudukan teratas Kumpulan F dengan mengumpul enam mata, tiga mata di depan Vietnam dan Laos, manakala Nepal di kedudukan tercorot tanpa sebarang mata.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *