Pesawat Latihan Tentera Udara India Terhempas Lagi

Makluman pesawat terhempas menerusi Twitter rasmi Tentera Udara India - Pusat Komunikasi Media. Foto Twitter.

NEW DELHI, 1 Jun – Sebuah pesawat latihan Tentera Udara India terhempas di negeri Karnataka di selatan negara itu pada Khamis, menurut satu kenyataan rasmi.

Pesawat latihan Kiran itu terhempas berhampiran Chamrajnagar, Karnataka ketika menjalani latihan biasa, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan tentera udara yang disiarkan di Twitter.

Makluman pesawat terhempas menerusi Twitter rasmi Tentera Udara India – Pusat Komunikasi Media. Foto Twitter.

“Kedua-dua anak kapal menganjal keluar dengan selamat,” menurut kenyataan itu.

Tentera Udara India telah mengarahkan siasatan dijalankan bagi mengenal pasti punca nahas itu.

Bulan lepas, sebuah jet MiG-21 tentera udara India terhempas di negeri barat Rajasthan, membunuh tiga orang awam di darat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *