Perutusan Aidilfitri: Membina Kebersamaan Di Wangsa Maju

Keprihatinan YAB Perdana Menteri yang mengumumkan beberapa berita baik seperti pemberian cuti tambahan khas pada Jumaat, 20 Mac bagi memudahkan perjalanan pulang, serta pemberian diskaun tol sebanyak 50 peratus, amat dihargai.

PENDAPAT, 21 Mac – Salam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI buat semua yang dikasihi.

Meskipun saya tidak berpuasa, namun saya amat mengagumi ketabahan dan disiplin rakan-rakan beragama Islam yang telah berjaya mengharungi madrasah Ramadan selama sebulan.

Kini tiba masanya untuk kita semua meraikan hari kemenangan ini dalam suasana yang penuh harmoni. Tahun ini, sambutan kita di Wangsa Maju terasa lebih istimewa dan bermakna kerana ia mencerminkan nilai Ihsan dan Hormat yang menjadi teras kepada kestabilan negara kita.

Tahun ini, sambutan kita di Wangsa Maju terasa lebih istimewa dan bermakna kerana ia mencerminkan nilai Ihsan dan Hormat yang menjadi teras kepada kestabilan negara kita.

Kita amat berterima kasih atas keprihatinan YAB Perdana Menteri yang mengumumkan beberapa berita baik seperti pemberian cuti tambahan khas pada Jumaat, 20 Mac bagi memudahkan perjalanan pulang, serta pemberian diskaun tol sebanyak 50 peratus.

Inisiatif Bantuan Khas Kewangan (BKK) buat penjawat awam dan pesara juga pastinya sedikit sebanyak meringankan beban persiapan buat banyak keluarga di sini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan Perutusan Khas sempena Aidilfitri 2026 pada 20 Mac 2026. Foto PMO

Di peringkat tempatan, saya ingin berkongsi kegembiraan bersama anda semua melalui sebuah projek lagu Raya eksperimen yang telah saya usahakan bersama rakan-rakan di Wangsa Maju.

Ia bukan sekadar lagu, tetapi sebuah bingkisan hati untuk kita terus mengeratkan silaturahim sesama kita tanpa mengira latar belakang. Sambil menikmati juadah raya, saya jemput anda semua untuk menonton video muzik penuh kami yang baru sahaja dilancarkan tiga hari lepas.

Bagi saya, perpaduan kita adalah seperti sebuah lagu; kepelbagaian suara dan nada itulah yang menghasilkan melodi yang indah. Mari kita rapatkan saf, lupakan sengketa lama, dan fokus kepada membina komuniti yang lebih mampan dan sejahtera.

Semoga Syawal ini membawa seribu keberkatan, kebahagiaan, dan kedamaian buat kita semua. Kepada yang memandu, berhati-hatilah di jalan raya dan semoga selamat sampai ke pangkuan keluarga tercinta.

Tahun ini, Raya LAI Bersamamu Wangsa Maju. Jom tonton & kongsikan semangat Malaysia MADANI!
👉 https://youtu.be/F8oke_oyKZU
👉 https://www.facebook.com/share/v/18tGvCkx6r/

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Ikhlas daripada,

LAI CHEN HENG

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *