Keselamatan Negara Jadi Keutamaan Ketika Berdepan Tekanan Ekonomi – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada program Santai Akhir Ramadan Bersama Pimpinan Komuniti Permatang Pauh di Dewan Orang Ramai Permatang Pasir, Pulau Pinang pada 20 Mac 2026. Foto PMO

PERMATANG PAUH, 21 Mac – Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan kestabilan dan keselamatan negara menjadi keutamaan ketika Malaysia berdepan tekanan ekonomi serta ketidaktentuan akibat konflik antarabangsa.

Perdana Menteri berkata, sebarang perselisihan kecil dalam negara perlu ditangani segera supaya tidak berkembang menjadi krisis yang boleh menggugat keamanan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada program Santai Akhir Ramadan Bersama Pimpinan Komuniti Permatang Pauh di Dewan Orang Ramai Permatang Pasir, Pulau Pinang pada 20 Mac 2026. Foto PMO

“Sebab kita belajar, kalau mula bergaduh saja, hancur negara, ekonomi habis, orang ada kerja pun hilang kerja, yang hidup sihat pun terkorban.

“Jadi, kita jangan tunggu sampai keadaan itu, kerana kita bernasib baik masih lagi bertahan,” kata beliau ketika berucap pada program Santai Akhir Ramadan Bersama Pimpinan Komuniti Permatang Pauh di Dewan Orang Ramai Permatang Pasir, di sini pada Jumaat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada program Santai Akhir Ramadan Bersama Pimpinan Komuniti Permatang Pauh di Dewan Orang Ramai Permatang Pasir, Pulau Pinang pada 20 Mac 2026. Foto PMO

Perdana Menteri menegaskan sebarang isu melibatkan sensitiviti agama atau kaum perlu diselesaikan mengikut undang-undang dan melalui rundingan, bukan dengan emosi mahupun provokasi.

Sehubungan itu, Anwar menyeru rakyat terus memperkukuh semangat kebersamaan, mengelakkan perpecahan serta mengekalkan keharmonian demi masa hadapan negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada program Santai Akhir Ramadan Bersama Pimpinan Komuniti Permatang Pauh di Dewan Orang Ramai Permatang Pasir, Pulau Pinang pada 20 Mac 2026. Foto PMO

“Jaga keamanan negara kerana kita ada pelbagai kaum dan agama. Mana ada negara di dunia yang ada pelbagai kaum, pelbagai agama, boleh aman dan tenang seperti (Malaysia) ini.

“Panas sikit, tak puas hati sikit, merajuk sikit, itu biasalah tak apa boleh tahan lagi tetapi jangan gaduh,” kata beliau.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada program Santai Akhir Ramadan Bersama Pimpinan Komuniti Permatang Pauh di Dewan Orang Ramai Permatang Pasir, Pulau Pinang pada 20 Mac 2026. Foto PMO

Pada masa sama, Perdana Menteri memuji sikap toleransi dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini, yang menjadi kekuatan utama Malaysia.

Anwar berkata kerajaan sentiasa memantau tahap keselamatan negara melalui mesyuarat berkala termasuk bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN), selain menggerakkan agensi penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memastikan keadaan kekal terkawal.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada program Santai Akhir Ramadan Bersama Pimpinan Komuniti Permatang Pauh di Dewan Orang Ramai Permatang Pasir, Pulau Pinang pada 20 Mac 2026. Foto PMO

Beliau berkata kerajaan juga mengarahkan pemantauan rapi pada semua peringkat bagi memastikan keselamatan negara terus terpelihara dalam menghadapi cabaran semasa.

“Negara lain sedang bergolak, ekonomi mereka jatuh, nilai mata wang merosot. Kita masih bertahan kerana kestabilan dan kita urus dengan baik,” kata beliau.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada program Santai Akhir Ramadan Bersama Pimpinan Komuniti Permatang Pauh di Dewan Orang Ramai Permatang Pasir, Pulau Pinang pada 20 Mac 2026. Foto PMO

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *