Pertukaran Kerajaan Mesti Mengikut Proses Demokrasi – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir Majlis Pelancaran Sambutan Minggu Perpaduan (SMP) Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 di Stadium Negeri Batu Kawan pada 19 Julai 2025. Foto Kementerian Perpaduan Negara

BATU KAWAN, 19 Jul – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kestabilan negara hanya dapat dikekalkan jika semua pihak menghormati prinsip demokrasi dan tidak terikut dengan sentimen kebencian.

Perdana Menteri menegaskan, asas kepada hala tuju negara adalah perpaduan serta pembangunan yang inklusif, khususnya dalam menangani isu kemiskinan, perumahan dan kos sara hidup.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir Majlis Pelancaran Sambutan Minggu Perpaduan (SMP) Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 di Stadium Negeri Batu Kawan pada 19 Julai 2025. Foto Kementerian Perpaduan Negara

“Perpaduan ini bukan sekadar soal politik, tetapi kekuatan sebagai satu bangsa untuk terus membantu kerajaan memajukan negara ini.

“Kalau pilih nak selamatkan negara ini, kita mesti jaga perpaduan negara kita. Ini kekuatan kita.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir Majlis Pelancaran Sambutan Minggu Perpaduan (SMP) Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 di Stadium Negeri Batu Kawan pada 19 Julai 2025. Foto Kementerian Perpaduan Negara

“Kedua, apa hebatnya Malaysia? Memang Melayu Islam, bumiputera majoriti tapi kena santuni semua termasuk orang Cina, India, Iban, Kadazan,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Sambutan Minggu Perpaduan (SMP) Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 di Stadium Negeri di sini, hari ini.

Hadir sama Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang; Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek; Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow; Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul dan Timbalan Menteri Perpaduan Negara, K. Saraswathy.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir Majlis Pelancaran Sambutan Minggu Perpaduan (SMP) Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 di Stadium Negeri Batu Kawan pada 19 Julai 2025. Foto Kementerian Perpaduan Negara

Dalam pada itu, Anwar turut menegaskan sebarang pertukaran kerajaan mestilah melalui proses demokrasi dan bukannya dengan cara menunjuk perasaan mendesak Perdana Menteri meletak jawatan.

“Jangan anggap ini semua mudah, tidak. Membangun itu mengambil waktu, merobohkan itu senang sekali. Saya percaya usaha-usaha orang yang khianat dan dengki itu ada.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir Majlis Pelancaran Sambutan Minggu Perpaduan (SMP) Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 di Stadium Negeri Batu Kawan pada 19 Julai 2025. Foto Kementerian Perpaduan Negara

“Siapa kata tidak boleh tukar kerajaan? Boleh, Speaker Tan Sri (Johari Abdul) sebut bawa usul di Parlimen, hilang sokongan kepada Perdana Menteri dan bawalah usul ke Parlimen tapi mereka tak boleh, sebab apa? Tidak ada sokongan jadi tunggu pilihan raya.

“Jadi ingat, dengan tunjuk perasaan Perdana Menteri boleh letak jawatan? Saya tak mahu halang kerana kita negara demokrasi tetapi atas alasan apa?

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir Majlis Pelancaran Sambutan Minggu Perpaduan (SMP) Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 di Stadium Negeri Batu Kawan pada 19 Julai 2025. Foto Kementerian Perpaduan Negara

”Ini dibicara di mana-mana, termasuk kadang-kadang orang yang berjubah, ustaz. Tidak semua, ada yang baik,” ujarnya.

Perdana Menteri turut meluangkan masa menyantuni rakyat yang mengunjungi reruai pelbagai kementerian dan agensi kerajaan yang menyertai SMP 2025.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *