Persekitaran Sekolah Perlu Sentiasa Baik, Terurus – PM Anwar

Ahmad Farhan mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika meninjau Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Hajjah Kalsom (SHAKS) di Kuantan, Pahang, baru-baru ini. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 11 Ogos – Perdana Menteri komited memastikan persekitaran setiap sekolah seluruh negara sentiasa dalam keadaan baik dan terurus.

Menerusi perkongsian di laman Facebooknya hari ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu wajar diambil perhatian semua pihak sekali gus membolehkan anak-anak fokus kepada pelajaran.

Ahmad Farhan mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika meninjau Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Hajjah Kalsom (SHAKS) di Kuantan, Pahang, baru-baru ini. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Insya-Allah, saya akan terus pastikan persekitaran di setiap sekolah seluruh negara sentiasa dalam keadaan baik dan terurus sekali gus membolehkan anak-anak fokus kepada pelajaran,” tulisnya.

Pada hantaran sama, Anwar turut berkongsi beberapa keping gambar memaparkan Setiausaha Politiknya, Ahmad Farhan Fauzi meninjau keadaan fasiliti di sekitar kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Hajjah Kalsom (SHAKS) di Kuantan, Pahang baru-baru ini.

Ahmad Farhan mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika meninjau Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Hajjah Kalsom (SHAKS) di Kuantan, Pahang, baru-baru ini. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Jelasnya, Farhan telah mewakili beliau bagi melakukan sesi ziarah kebajikan di sekitar Indera Mahkota, Kuantan, Pahang.

“Saudara Farhan turut beramah mesra bersama ibu bapa, para guru dan pelajar SHAKS,” ujarnya.

Sekolah berkenaan merupakan salah sebuah sekolah berprestasi tinggi yang terdapat di negeri itu selain sekolah berasrama penuh (SBP) yang menempatkan pelajar cemerlang dari seluruh negara.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *