Kehebatan Karya Seni M Nasir Dikagumi PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dihadiahkan pulut kuning sempena hari lahir beliau ke-77 semasa konsert CIPTA Datuk M Nasir di Axiata Arena pada Sabtu. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 11 Ogos – “Terima kasih atas kesudian meraikan ulang tahun kelahiran saya.”

Demikian kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hadir pada Konsert Datuk M N45IR Cipta di Axiata Arena, Bukit Jalil, malam tadi.

Beliau turut meluahkan rasa kagum dengan kehebatan penyanyi lagu Suatu Masa itu.

“Memenuhi jemputan ke Axiata Arena malam tadi untuk menghadiri Konsert CIPTA bagi menikmati suara emas dan maha karya seniman ulung Datuk M Nasir.

Konsert ditangguh seketika bagi memberi ruang menyambut hari kelahiran Perdana Menteri pada Konsert Datuk M N45ir CIPTA oleh Datuk M Nasir di Axiata Arena. Foto Bernama

“Kagum dengan kehebatan suara beliau yang begitu hebat melantunkan lagu-lagu ciptaannya. Saya terkesan tatkala beliau menyampaikan lagu ‘tribute’ buat perjuangan rakyat Palestin,” katanya.

Terdahulu, konsert bersempena 45 tahun pembabitan M Nasir dalam dunia seni tanah air itu berjaya memukau 8,000 penonton.

Konsert ditangguh seketika bagi memberi ruang tribut kepada Ketua Biro Politik Hamas yang juga saudara akrab Perdana Menteri, almarhum Ismail Haniyeh pada Konsert Datuk M N45ir CIPTA oleh Datuk M Nasir di Axiata Arena. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Selain Anwar, konsert berdurasi lebih dua jam itu juga disemarakkan dengan kehadiran Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Lebih bermakna, M Nasir, 66, turut menghadiahkan pulut kuning kepada Perdana Menteri sempena ulang tahun kelahiran ke-77, semalam.

“Saya nak hadiahkan lagu pada seseorang iaitu Perdana Menteri. Tapi saya tak hadiahkan kek tapi pulut kuning,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Datuk M Nasir pada jamuan pulut kuning yang dihadiakan seniman tersohor itu sempena hari lahir Anwar ke-77 pada Sabtu di Axiata Arena. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Anwar yang juga Menteri Kewangan dilihat memakai tengkolok sebagai simbol keMelayuan meraikan ulang tahun hari lahir beliau ke-77 pada Sabtu tiba sekitar jam 9:30 malam disambut sorakan belasan ribu penonton yang membanjiri lokasi konsert sejak pukul 4 petang.

“Terima kasih atas kesudian kerana datang, buat susah-susah sahaja,” seloroh Datuk M. Nasir.

Anwar turut menerima kejutan apabila M Nasir mendendangkan lagu selamat hari lahir kepada pemimpin negara itu disusuli tepukan dan penonton konsert itu turut berdiri.

Sebanyak 25 lagu disampaikan oleh penyanyi legenda berkenaan antaranya Bila Rumi Menari, Apokalips, Sentuhan Listrikmu, Phoenix Bangkit Dari Abu dan Raikan Cinta.

Turut dipersembahkan pada konsert kira-kira tiga jam itu ialah Juwita, Bonda dan banyak lagi koleksi lagu daripada album beliau sejak 1980-an bersama kumpulan Kembara.

Bukan sahaja membawakan lagu-lagu dari album solo ciptaannya, komposer terkenal itu turut mendendangkan lagu-lagu sentuhan magisnya yang diberikan kepada kumpulan Search, Alleycats, Datuk Awie, Wings, Seha, Bumiputera Rockers (BPR), Kristal, Def Gab C dan Rahim Maarof.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *