‘Perlakuan Netanyahu Sama Seperti Haiwan’ – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir dan menyampaikan syarahan umum pada Malam Himpunan dan Selawat Malaysiaku Bersama Gaza di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 24 Ogos 2025. Foto AFP

KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Tindakan Perdana Menteri rejim Israel, Benjamin Netanyahu serta kelompoknya yang terus melancarkan serangan ke atas Gaza diumpamakan sama seperti haiwan, tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam nada tegas di hadapan puluhan ulamak dan peserta Global Flotila ke Gaza yang akan berlepas pada 31 Ogos ini, Perdana Menteri berkata, rejim Zionis berterusan menyasarkan kanak-kanak, wanita, hospital serta sekolah di wilayah itu, termasuk menyekat bantuan kemanusiaan membawa kebuluran sebagai senjata perang.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir dan menyampaikan syarahan umum pada Malam Himpunan dan Selawat Malaysiaku Bersama Gaza di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 24 Ogos 2025. Foto Bernama

“Apa jenis manusia…ini bukan manusia ini haiwan, orang lapar, mati kebuluran, bantuan makanan di sempadan tak boleh masuk…orang sakit perlu ubat.

“Saya sudah berusia 78 tahun belum pernah melihat, baca, dan dengar (mengenai tindakan dilakukan Israel kepada Gaza) zaman ini bahawa ada manusia sekejam itu.

Puluhan ribu rakyat membanjiri Dataran Merdeka, Kuala Lumpur bagi mendengar syarahan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Malam Himpunan dan Selawat Malaysiaku Bersama Gaza pada 24 Ogos 2025. Foto Mohd Fadhlullah Ismail

“Netanyahu dan kelompoknya memang kurang siuman! Zalim! Mereka boleh pertahankan bahawa semua anak-anak kecil (di Gaza) semuanya adalah Hamas, anak berusia dua tahun yang berlari pun ‘ini Hamas’. Ini penyakit,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika berucap pada pada Malam Himpunan dan Selawat Malaysiaku Bersama Gaza di Dataran Merdeka, di sini malam ini.

Puluhan ribu rakyat membanjiri Dataran Merdeka, Kuala Lumpur bagi mendengar syarahan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Malam Himpunan dan Selawat Malaysiaku Bersama Gaza pada 24 Ogos 2025. Foto Mohd Fadhlullah Ismail

Terdahulu, Anwar mewakili Kerajaan MADANI mengumumkan dana tambahan sebanyak RM100 juta bagi bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin yang semakin menderita akibat kekejaman rejim Zionis.

Dana itu merupakan tambahan kepada bantuan RM100 juta yang diberikan dua tahun lalu, yang kemudian turut disumbang syarikat dan rakyat negara ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir dan menyampaikan syarahan umum pada Malam Himpunan dan Selawat Malaysiaku Bersama Gaza di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 24 Ogos 2025. Foto Aizuddin Ishak

Perdana Menteri menegaskan, bantuan tambahan itu amat diperlukan rakyat Palestin berikutan bekalan makanan dan perubatan yang dihantar sebelum ini tidak sampai kepada mereka, akibat sekatan dan kekejaman rejim Israel.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *