Perkukuh Perpaduan KEADILAN Untuk Hadapi PRN Melaka – Shamsul Iskandar

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Melaka, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin pada Sambutan 27 Tahun Reformasi anjuran MPN Melaka yang dihadiri lebih 200 anggota dan kepimpinan KEADILAN Melaka pada 20 September 2025. Foto Bernama
MELAKA, 21 Sep – Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Melaka Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin menyeru semua ahli supaya memperkukuh perpaduan demi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka diadakan tahun depan.
Beliau berkata perpecahan dan sikap berpuak-puak hanya akan melemahkan parti dalam meraih sokongan dan menjamin kemenangan pada PRN itu nanti.
“Selepas pemilihan, kita harus memautkan kembali hati semua pihak. Membangkitkan titik bengik atau isu kecil selepas selesai pemilihan parti hanya akan melemahkan kekuatan parti sedangkan tumpuan sebenar harus diberikan kepada perjuangan bersama,” katanya.

Shamsul Iskandar berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Sambutan 27 Tahun Reformasi anjuran MPN Melaka yang dihadiri lebih 200 ahli dan kepimpinan KEADILAN di sini malam tadi.
Dewan Undangan Negeri Melaka akan tamat tempoh pada Disember 2026 dengan mempunyai 28 kerusi DUN yang berada dalam enam kerusi parlimen antaranya Masjid Tanah, Tangga Batu dan Hang Tuah Jaya.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
