Empat Lori Pemimpin Boleh Jadi PM Tanda Pas Kemaruk Kuasa?

Begitu banyak ‘lori’ yang diangkut Pas untuk dijadikan calon perdana menteri membuktikan parti itu cuma kemaruk kuasa tetapi tidak mampu mentadbir negara.

PENDAPAT, 21 Sep – Berakhir Muktamar Pas di Alor Setar minggu lalu, penulis ingin menyimpulkan empat faktor utama mengapa parti ekstrimis itu tidak layak mentadbir negara dalam jangka masa panjang.

Tekanan untuk kekal relevan

Dalam politik, kekuasaan dan pengaruh sering kali menentukan keberadaan sesebuah parti. Apabila berada di luar kerajaan, tekanan untuk membuktikan keupayaan dan menarik sokongan rakyat boleh menjadi amat tinggi tetapi tidak dapat memenuhi tuntutan semasa.

Inilah yang menjadikan Pas kemaruk untuk kembali berkuasa tetapi tidak berupaya mentadbir termasuk menamakan seorang calon perdana menteri.

Kesukaran mentadbir

Apakah Pas sanggup ‘melanggar’ Muhyiddin Yassin yang dicalonkan Bersatu untuk diangkat sebagai calon perdana menteri daripada ‘empat lori’ pemimpin mereka?

Mentadbir sebuah negara bukannya seperti mentadbir sesebuah parti politik. Walaupun Pas dilihat ‘stabil’ tanpa pertandingan jawatan tertinggi, tetapi itulah yang menyebabkan ketepuan pemikiran dan membawa kepada jumud dan taksub membabi buta.

Setiap keputusan membawa kesan besar kepada rakyat. Parti yang tidak mempunyai pengalaman pentadbiran yang mencukupi seperti Pas pasti menghadapi kesukaran terutamanya ketika berada dalam kerajaan tebuk atap 33 bulan.

Kehilangan kuasa

Kehilangan kuasa menyebabkan Pas meracau sendiri hingga sanggup membelakangkan proses demokrasi kononnya mahu ‘menyelamatkan negara’. Tetapi kita semua tahu Pas cuma mahu berkuasa untuk kepentingan peribadi bukannya mahu membantu rakyat keluar dari krisis ekonomi dan mengamalkan tadbir urus dan tatakelola baik.

Pemimpin Pas mungkin tidak sedar percakapan mereka diperhatikan rakyat, tetapi kelayakan mereka untuk mentadbir memang tidak boleh sama sekali.

Perbezaan ideologi

Pas mungkin berpegang teguh pada ideologi ‘Islam’ tetapi dalam soal mengamalkan, mereka yang paling banyak melanggar hukum agama termasuk memfitnah, mengadu domba dan melancarkan serangan jahat terhadap musuh politik.

Apabila mereka tidak berkuasa, ada kebimbangan bahawa nilai-nilai dan prinsip yang mereka perjuangkan akan terhakis.

Walaupun para pemimpin mereka mencanang ‘ada empat lori’ pemimpin boleh menjadi calon perdana menteri, hakikatnya tidak seorang pun yang layak mentadbir jauh sekali mengembalikan maruah negara yang tercalar akibat skandal seperti 1MDB dan SRC termasuk ‘Jana Wibawa’ semasa mereka dalam kerajaan tebuk atap lalu.

Dilanda keuzuran pun masih tidak menghalang Abdul Hadi terus ‘bernafsu’ mahu merampas Selangor, Perak dan Pahang sedang realitinya kekuatan Pas di empat negeri terus merosot dengan ketara.

Secara kesimpulannya, Pas boleh setakat kemaruk kuasa tetapi untuk memberi mereka peluang mentadbir negara, tidak boleh sesekali diizinkan kerana Pas bukanlah sebuah parti Islam tetapi hanya menunggang Islam demi kepentingan nafsu serakah politik mereka semata-mata.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *