Perkukuh Hubungan Malaysia-Filipina Fokus PM Anwar-Presiden Marcos Jr

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ferdinand Romualdez Marcos Jr hari ini membincangkan usaha memperkukuh hubungan dua hala serta mempererat kerjasama serantau di bawah kerangka ASEAN pada 8 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR, 8 Sep – Perbualan telefon antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Filipina, Ferdinand Romualdez Marcos Jr hari ini membincangkan usaha memperkukuh hubungan dua hala serta mempererat kerjasama serantau di bawah kerangka ASEAN.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata, perbincangan antara kedua-dua pemimpin itu turut menyentuh isu keselamatan serantau, pembangunan ekonomi dan keperluan memperkukuh perpaduan serta kesepaduan ASEAN dalam menghadapi cabaran geopolitik semasa.
“Kami turut berbincang terkait perkembangan konflik Thailand-Kemboja dan usaha-usaha bersama yang perlu dilakukan sebagai komitmen berterusan terhadap keamanan dan kestabilan serantau,” kata Anwar.
Malaysia mempengerusikan blok ASEAN dengan tema “Keterangkuman dan Kemampanan” serta menjadi tuan rumah kepada lebih 300 mesyuarat, program dan sidang kemuncak berkaitan ASEAN sepanjang tahun ini.
Malaysia sebelum ini menjadi Pengerusi ASEAN pada 1977, 1997, 2005 dan 2015 sebelum menyerahkan tampuk kepimpinan seterusnya kepada Filipina tahun depan.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
