Perkasa ONSA Sekat Elemen Langgar Undang-Undang

Pengendali platform berkenaan biasanya terlalu lambat bertindak dan hanya menurunkan kandungan sedemikian itu sekiranya menerima aduan daripada pihak berkuasa dan ini tidak membantu keberkesanan kawal selia dan pengutkuasaan. Foto Fahmi Fadzil

PENDAPAT, 1 Mac – Pengendali platform media sosial tidak perlu menunggu arahan pihak berkuasa semata-mata, sebaliknya mesti lebih proaktif dalam membantu kerajaan menyekat sebarang aktiviti tidak bermoral yang menyalahi undang-undang termasuk penyebaran berita palsu dan naratif jahat di akaun media sosial.

Pengendali platform berkenaan biasanya terlalu lambat bertindak dan hanya menurunkan kandungan sedemikian itu sekiranya menerima aduan daripada pihak berkuasa dan ini tidak membantu keberkesanan kawal selia dan pengutkuasaan.

Kesalahan berkaitan jenayah seksual terhadap kanak-kanak sepatutnya pula tidak lagi timbul apatah lagi Akta Keselamatan Dalam Talian (ONSA) 2025 telah mula berkuatkuasa sejak Mei tahun lalu.

Semua ini menuntut tindakan lebih tuntas dan pantas bagi mengekang jenayah berkaitan aspek dalam talian disebabkan kelalaian penyedia platform sekadar ‘melepaskan batuk di tangga’.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) bekerjasama rapat dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) berhubung bantuan teknikal mengenai hal tersebut dan selaras itu, para pengendali platform media sosial sepatutnya tiada lagi alasan untuk bertindak pantas sebelum sebarang insiden tidak diingini berlaku.

Pada Persidangan Carian Antarabangsa Ke-8: ‘Evolusi Media – Mengemudi Kelestarian dan Gangguan dalam Dunia Dinamik’ di Taylor’s University tempoh hari, tiada lagi pilihan melainkan semua pihak terutama pengendali platform media sosial wajib lebih tegas tanpa kompromi bagi memperkukuhkan aspek pemantauan dan penguatkuasaan berbanding menyerahkan terus kepada PDRM atau MCMC.

Malah mereka sepatutnya menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) masa kini dalam menyekat elemen jahat hingga merugikan semua pihak (kerana yang untung hanyalah mereka semata-mata).

“Apa guna ada AI? Apa guna mereka ambil duit dari rakyat Malaysia iaitu pendapatan Facebook pada tahun 2023 adalah RM2.5 bilion.. takkan mereka tidak ada untuk nak buat saringan automatik terhadap halaman-halaman jenayah ini?” soal Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

Sehubungan itu Fahmi mengulangi bahawa langkah memperkenalkan Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 adalah tepat, demi mengekang tiga jenayah utama yang kini ‘berhijrah’ ke ruang maya iaitu scam dan judi dalam talian, buli siber serta jenayah seksual terhadap kanak-kanak.

Usah tunggu lagi, sama ada rakyat Malaysia akan ‘mengambil tindakan’ tegas ke atas pengendali platform media sosial atau mereka bukan lagi sebahagian daripada ekosistem kehidupan buat selama-lamanya.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *