’Perdana Menteri Pun Bayar Cukai’ – PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berucap pada Majlis Sambutan Hari Kastam Sedunia ke-42 di Putrajaya.

PUTRAJAYA, 23 Jan – Walaupun memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut melaksanakan tanggungjawab membayar cukai RM500 kerana menerima setong minyak zaitun daripada rakannya, tahun lalu.

Anwar menceritakan pengalaman dikenakan cukai itu selepas beberapa bulan dilantik sebagai Perdana Menteri dan turut membayar kerana mahu menunjukkan contoh yang baik buat rakyat.

Atas dasar itu, katanya, beliau mahu rakyat turut menjalankan tanggungjawab membayar cukai kepada pihak berkuasa.

“Tahun lalu selepas beberapa bulan jadi Perdana Menteri, sahabat lama saya yang berbangsa Arab, setiap tahun memang beliau bagi saya setong minyak zaitun dan saya bagi pada keluarga dan rakan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berucap pada Majlis Sambutan Hari Kastam Sedunia ke-42 di Putrajaya.

“JKDM Klang mengenakan cukai RM500 kepada saya, saya bukan berniaga tetapi saya tidak mahu merayu.

“Perdana Menteri pun kena bayar cukai, orang lain jadi Perdana Menteri, beli barang ratusan juta tidak mahu bayar cukai tetapi saya bayar kerana mahu menunjukkan contoh yang baik kepada rakyat.

“Oleh itu, rakyat jangan culas,” katanya berucap pada Sambutan Hari Kastam Sedunia kali ke-42 di sini, hari ini.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
23 Jan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *