Penyelia Lelaki ‘Skodeng’ Di Tandas Direman Dua Hari

Seorang penyelia direman dua hari oleh Mahkamah Majistret Batu Pahat, Johor bagi membantu siasatan dakwaan membuat rakaman video seorang lelaki di dalam sebuah tandas sebuah pusat beli-belah.

BATU PAHAT, 12 Mac – Seorang penyelia lelaki direman selepas ditahan kerana disyaki mengintai lelaki sedang melepas ‘hajat’ dalam tandas sebuah kompleks beli-belah di Taman Flora Utama di sini, semalam.

Perintah reman ke atas suspek berusia 31 tahun selama dua hari bermula hari ini, dikeluarkan oleh Majistret Nurasidah A Rahman bagi membolehkan kes disiasat mengikut Seksyen 507A Kanun Keseksaan.

Mengikut laporan, kejadian ketika mangsa lelaki berusia 32 tahun menggunakan tandas awam di kompleks beli-belah terbabit jam 5.15 petang.

Ketika berada dalam tandas, mangsa menyedari seorang lelaki berada dalam tandas bersebelahan, sedang merakamnya dari sudut atas.

Tanpa membuang masa, mangsa terus keluar dari tandas lalu mengejarnya sebelum suspek berjaya ditangkap. Mangsa meminta bantuan pengawal keselamatan untuk menghubungi polis bagi tindakan lanjut.

Bertindak atas maklumat pada jam 6 petang hari sama, dua anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) menahan suspek selain merampas telefon bimbit bagi tujuan siasatan lanjut.

Suspek kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat untuk ditahan seterusnya direkodkan keterangan.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *