Pakistan Terpaksa Umum Langkah Jimat Bahan Api

Kenaikan harga bahan api telah mencetuskan panik dalam kalangan pengguna di negara itu. Foto Fayaz Aziz

ISLAMABAD, 12 Mac – Pakistan terpaksa mengumumkan langkah menyeluruh untuk mengurangkan impak krisis tenaga susulan lonjakan harga minyak dunia.

Sekolah dan universiti di seluruh negara akan beralih kepada kelas dalam talian untuk tempoh dua minggu akan datang manakala pekerja pejabat diarahkan bekerja dari rumah bagi mengurangkan penggunaan bahan api.

Anggota Parlimen pula akan berdepan pemotongan gaji sebanyak 25 peratus manakala perbelanjaan kerajaan bakal dikurangkan sebanyak 20 peratus.

Pada minggu lalu, keputusan pemerintah menaikkan harga bahan api kepada AS$0.20 (78 sen) seliter telah mencetuskan kemarahan orang ramai. – Agensi

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *