Penjelasan PM Anwar Buat Pemimpin PN Terdiam, Ketua Tiada Dalam Dewan Rakyat

Penjelasan panjang lebar Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat membuatkan pembangkang terdiam malah kelihatan tidak pemimpin utama pembangkang berani mempersoalkan mengapa GIP dipilih. Foto X
KUALA LUMPUR, 25 Jun – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menjelaskan mengapa Global Infrastructure Partners (GIP) dipilih untuk mengambil bahagian dalam usaha menswastakan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).
Beliau berkata, menurut Khazanah Nasional Berhad, pada mulanya sebanyak 145 syarikat memohon untuk mengambil bahagian dalam konsortium itu bagi mengambil alih MAHB, tetapi hanya lima yang dianggap sesuai.
Beliau berkata kriteria yang ditetapkan adalah ketat, termasuk pengerusi dan ketua pegawai eksekutif MAHB mestilah rakyat Malaysia dan pemegang saham majoriti juga mestilah rakyat Malaysia.
“Syarikat lain mahukan hak pengurusan, termasuk peranan pengerusi dan CEO. Terma-terma ini tidak diterima (oleh Khazanah dan KWSP), sebab itu GIP dipilih,” katanya di Dewan Rakyat semasa Waktu Pertanyaan Perdana Menteri.
Di bawah pelaksanaan itu, GIP ditetapkan untuk memiliki 30% saham MAHB dengan Abu Dhabi Investment Authority (ADIA).
ADIA berperanan penting bagi memastikan tiada pegangan saham MAHB diserah kepada mana-mana syarikat asing yang tidak mendapat kelulusan pengerusi dan CEO yang mesti warganegara Malaysia.
Sementara itu, Khazanah akan meningkatkan pemilikannya dalam MAHB daripada 33.2% kepada 40%, dan KWSP daripada 7.9% kepada 30%.
“Namun syarikat yang berminat ini, baik Singapura atau lain-lain, mereka nak hak mengurus. Maknanya CEO dalam kalangan rakyat dia atau mereka yang tentukan. Syarat ini tak diterima. Itu sebabnya mengapa GIP diambil,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat, hari ini.
Penjelasan panjang lebar berkenaan membuatkan ahli parlimen pembangkang termasuk Wan Ahmad Fahysal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) terdiam setelah mempersoalkan pemilihan Blackrock yang dikaitkan sebagai syarikat pro-Israel.
Malah majoriti pemimpin pembangkang termasuk Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin (PN-Larut), Pengerusi Bersatu Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh) dan Presiden Pas Abdul Hadi Awang (PN-Marang) tidak berada dalam dewan ketika Anwar menjawab persoalan Wan Ahmad Fayhsal.
Terdahulu semakan data menunjukkan BlackRock sudah mempunyai kepentingan dan pegangan saham dalam syarikat senaraian awam di Bursa Malaysia bernilai RM24.7 bilion dan RM7.9 bilion dalam bon kerajaan dan korporat Malaysia.
Menurut data boleh diperoleh secara terbuka juga menunjukkan, sehingga Mei 2024 firma pelaburan global itu sudah sedia ada memiliki pelaburan dalam ekuiti dalam 100 syarikat tersenarai di Malaysia merangkumi keseluruhan sektor industri, dengan tiga institusi perbankan di negara ini.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web



