BlackRock: Soal Keselamatan Tidak Timbul Sama Sekali – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sesi pertanyaan Perdana Menteri (PMQ) di Dewan Rakyat pada Selasa. Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 25 Jun – Soal keselamatan negara susulan penyertaan syarikat BlackRock dalam penstrukturan semula kepentingan Malaysia Airport Holding Bhd (MAHB) tidak berbangkit sama sekali berikutan ia masih di bawah tanggungjawab kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, selain itu faktor keselamatan, jawatan pengerusi dan ketua pegawai eksekutif MAHB juga kekal dipegang oleh rakyat Malaysia.

Beliau menjelaskan MAHB kekal dikuasai Khazanah Nasional (Khazanah) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) iaitu sebanyak 70 peratus, meningkat berbanding 40 peratus sebelumnya.

Anwar berkata demikian menjawab soalan Datuk Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Mohd Shahar meminta Perdana Menteri menyatakan penjelasan terhadap keputusan konsortium syarikat pelaburan berkaitan kerajaan terhadap penjualan saham MAHB itu.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *