Masalah Bekalan Bahan Api Tidak Serumit Negara Jiran – PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat di Masjid Tengku Ampuan Jemaah di Bukit Jelutong, Shah Alam pada 27 Mac 2026. Foto PMO

SHAH ALAM, 27 Mac – Masalah dihadapi Malaysia kini belum berada di tahap rumit seperti negara jiran yang terpaksa melakukan catuan bekalan minyak susulan konflik berlanjutan di Asia Barat memasuki minggu keempat, jelas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri memberi jaminan bekalan minyak semasa negara masih mencukupi untuk tempoh hingga Mei, dengan usaha terus digandakan bagi memastikan bekalan terus stabil selepas tempoh itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat di Masjid Tengku Ampuan Jemaah di Bukit Jelutong, Shah Alam pada 27 Mac 2026. Foto PMO

“Jadi kita sedang pantau setiap hari,” katanya selepas selesai solat Jumaat di Masjid Tengku Ampuan Jemaah di Bukit Jelutong di sini, hari ini.

Beliau berkata, usaha PETRONAS meluaskan pelaburannya bukan sahaja di negara Teluk tetapi di Brazil, Suriname dan Kanada, membolehkan pulangan dan hasil serta sumber bekalan diperoleh, seterusnya memanfaatkan keperluan tempatan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat di Masjid Tengku Ampuan Jemaah di Bukit Jelutong, Shah Alam pada 27 Mac 2026. Foto PMO

“Setakat ini Alhamdulillah, kalau sudah lihat umpamanya keadaan gawat di beberapa negara sekeliling kita, kita harus bersyukur, jangan terlalu leka dan terlalu sibuk dalam soal politik, sebaliknya tumpu untuk membela nasib rakyat dan negara,” katanya.

Anwar juga menyatakan penghargaan kepada Presiden Iran, Masoud Pezeshkian yang dihubungi semalam kerana sudah mengarahkan supaya kapal tangki Malaysia dibenarkan melalui Selat Hormuz.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat di Masjid Tengku Ampuan Jemaah di Bukit Jelutong, Shah Alam pada 27 Mac 2026. Foto PMO

“Hari ini saya juga ambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Presiden Iran kerana dalam perbincangan saya semalam, dia sudah mengarahkan supaya langkah diambil segera melepaskan kapal minyak PETRONAS dan juga syarikat Malaysia,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri, mengumumkan langkah baharu iaitu penyelarasan sementara kelayakan BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan, bermula 1 April ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat di Masjid Tengku Ampuan Jemaah di Bukit Jelutong, Shah Alam pada 27 Mac 2026. Foto PMO

Bagaimanapun, Anwar berkata harga RON95 bersubsidi serta diesel bersubsidi di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM1.99 seliter dan RM2.15 seliter.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *