Pengukuhan Rizab, Ringgit Stabilkan Ekonomi Domestik

Abul Jais berkata, rizab antarabangsa yang kukuh bukan sahaja memberikan keyakinan kepada pelabur asing dan tempatan, tetapi juga membantu bank pusat itu dalam melaksanakan dasar monetari yang seimbang.

PENDAPAT, 27 Feb – Sejak awal tahun ini, salah satu faktor penting yang menyokong kestabilan ekonomi domestik Malaysia ialah kenaikan rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) dan pengukuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Paras tertinggi sejak 2014 ini sesuatu yang luar biasa peningkatannya ditambah lagi dengan kedudukan ekonomi semasa dunia yang tidak menentu termasuk kemungkinan perang AS dan Iran, krisis kemanusiaan di Gaza dan Ukraine serta kemungkinan dolar AS terus tidak stabil berikutan pembatalan tarif oleh Mahkamah Agung AS pada 20 Februari lalu.

Menurut data terkini BNM, rizab antarabangsa meningkat kepada US$127.9 bilion setakat 13 Februari 2026, naik dari US$126.9 bilion pada akhir Januari 2026, suatu peningkatan kira-kira US$1 bilion hanya dalam tempoh dua minggu.

Rizab antarabangsa yang kukuh bukan sahaja memberikan keyakinan kepada pelabur asing dan tempatan, tetapi juga membantu bank pusat itu dalam melaksanakan dasar monetari yang seimbang tanpa menjejaskan kestabilan tukaran.

Paras rizab ini mencukupi untuk membiayai 4.7 bulan import barangan dan perkhidmatan, serta setara dengan 0.9 kali jumlah hutang luaran jangka pendek negara, menunjukkan kedudukan luaran Malaysia masih kukuh dan berdaya tahan menghadapi gejolak pasaran global.

Rizab antarabangsa yang kukuh bukan sahaja memberikan keyakinan kepada pelabur asing dan tempatan, tetapi juga membantu bank pusat itu dalam melaksanakan dasar monetari yang seimbang tanpa menjejaskan kestabilan tukaran atau prestasi perdagangan.

Kedudukan rizab yang mencukupi sebenarnya menjadikan Malaysia lebih bersedia untuk menangani tekanan luar, seperti turun naik kadar pertukaran asing atau gangguan ekonomi luaran, sekaligus menyokong pertumbuhan ekonomi domestik secara menyeluruh.

Pengukuhan ringgit sebenarnya membantu mengurangkan kos import, terutama barangan asas dan bahan mentah penting, sekali gus meringankan beban inflasi domestik dan kos sara hidup.

Tambahan pula, ringgit telah menunjukkan tanda-tanda pengukuhan berbanding dolar AS. Pada 26 Februari 2026, ringgit direkod lebih kukuh sekitar RM3.8850 berbanding dolar, meningkat daripada paras sebelumnya, disokong oleh sokongan monetari yang stabil, dasar fiskal ketat dan sentimen pasaran yang positif terhadap prospek ekonomi Malaysia.

Pengukuhan ringgit sebenarnya membantu mengurangkan kos import, terutama barangan asas dan bahan mentah penting, sekali gus meringankan beban inflasi domestik dan kos sara hidup.

Ia dibuktikan dengan data terkini daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Kementerian Kewangan yang menjalankan analisis dalam usaha memastikan pengukuhan nilai mata wang ringgit dapat diterjemahkan kepada peluang menurunkan harga barang pengguna khususnya membabitkan barangan import.

Gabungan rizab antarabangsa yang tinggi serta ringgit yang lebih stabil membentuk asas kukuh bagi ekonomi Malaysia terus kekal berdaya tahan dan stabil bagi dua bulan pertama tahun ini.

Walaupun tidak semua harga barangan akan turun serta-merta kerana terdapat kos lama yang masih mempengaruhi harga semasa dan perlu diseimbangkan dengan keadaan ekonomi semasa.

Laporan daripada Jabatan Perangkaan (DOSM) serta penjelasan BNM menunjukkan, ekonomi negara berada pada kedudukan kukuh dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 6.3 peratus pada suku keempat dan 5.2 peratus bagi keseluruhan tahun lalu, antara tertinggi dalam kalangan negara ASEAN.

Gabungan rizab antarabangsa yang tinggi serta ringgit yang lebih stabil membentuk asas kukuh bagi ekonomi Malaysia terus kekal berdaya tahan dan stabil bagi dua bulan pertama tahun ini.

Dijangkakan prestasi kedua-dua indikator berkenaan amat signifikan dengan kesan kepada ekonomi domestik seterusnya diharap dapat diterjemahkan ke dalam kestabilan bekalan dan harga barangan dapat diturunkan secara berperingkat.

  • Oleh Abul Jais Ashfaq Ahmed

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *