Pengendali Media Sosial ‘Ambil Ringan’ Kandungan AI Palsu – Fahmi

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Negara pada 9 September 2025. Foto Jabatan Penerangan

KUALA LUMPUR, 9 Sep – Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil mendedahkan, sebahagian pengendali pelantar media sosial didapati tidak mengambil serius masalah keselamatan dalam talian khususnya melibatkan kandungan yang dihasilkan melalui kecerdasan buatan (AI).

Fahmi menjelaskan, perkara itu dikesan berdasarkan pengamatan kementerian, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan daripada semakan beliau sendiri.

“Ini kita lihat apabila Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menjadi mangsa penipuan ‘deepfake’ (palsu asli).

Operasi bersepadu MCMC dan PDRM berjaya memberkas sindiket Fake BTS di ibu negara pada 3 September 2025. Foto MCMC

“Kandungannya seolah-olah Yang di-Pertuan Agong menjual saham pelaburan. Begitu juga seolah-olah Perdana Menteri menjual saham pelaburan,” katanya pada sidang Dewan Negara di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Rita Sarimah Patrick Insol adakah platform media sosial telah melakukan yang secukupnya untuk menangani penipuan menggunakan teknologi AI.

Fahmi berkata, Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (Akta 866) yang dijangka berkuat kuasa bermula hujung tahun ini atau awal 2026 akan dapat mengatasi itu itu.

Operasi bersepadu MCMC dan PDRM berjaya memberkas sindiket Fake BTS di ibu negara pada 3 September 2025. Foto MCMC

Katanya, semua pemegang lesen media sosial dan platform pemesejan dalam talian akan diarahkan mengguna pakai label dijana oleh AI atau dipertingkatkan oleh AI di bawah akta itu.

Terdahulu, ujarnya, penyebaran pelbagai maklumat tidak benar, penipuan, penyalahgunaan platform, unsur provokasi serta ancaman keselamatan di media sosial memerlukan perhatian serius.

Katanya, perkembangan pesat kandungan dijana teknologi AI mempercepatkan penciptaan dan penyebaran kandungan yang bersifat manipulatif, sekali gus meningkatkan potensi penyebaran maklumat yang boleh mengelirukan pengguna serta menggugat keharmonian awam.

Operasi bersepadu MCMC dan PDRM berjaya memberkas sindiket Fake BTS di ibu negara pada 3 September 2025. Foto MCMC

“Bagi tempoh 1 Januari 2024 sehingga 31 Ogos 2025, penyedia platform media sosial telah mengambil tindakan penurunan terhadap 1,346 kandungan penipuan yang dimanipulasi menggunakan AI berikutan permohonan MCMC.

“Namun, tindakan penurunan kandungan juga tertakluk kepada penilaian dan pertimbangan penyedia perkhidmatan media sosial berdasarkan garis panduan komuniti masing-masing dan aplikasi undang-undang tempatan yang relevan,” katanya.

Justeru, pelabelan kandungan yang dijana secara automatik menggunakan teknologi AI akan membantu pengguna mengenal pasti kandungan yang berpotensi mengelirukan, manipulatif atau tidak sahih.

Isu berkaitan data telefon bimbit (MPD) tidak wajar dipolitikkan hanya kerana dakwaan tidak benar yang dilaporkan portal media asing kononnya kerajaan mengawal komunikasi tetapi sebenarnya mencerap dapatan bagi memastikan ia selamat buat semua.

Katanya, langkah itu selaras dengan usaha mengurangkan risiko penyebaran maklumat tidak tepat atau kandungan memudaratkan di platform dalam talian.

“Bagi memastikan ketelusan dan akauntabiliti penyedia perkhidmatan dalam memenuhi obligasi keselamatan dalam talian, penyedia perkhidmatan hendaklah menyediakan suatu pelan keselamatan dalam talian mengenai pematuhan mereka terhadap Akta 866,” katanya.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *