Penerima Sumbangan SARA Gembira, Teruja Bertemu PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra bersama penerima SARA seraya mengadakan tinjauan di pasaraya Mydin Meru Raya pada sesi turun padang sumbangan SARA di Ipoh hari ini. Foto Facebook Anwar Ibrahim

IPOH, 28 JanPenerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di Mydin Meru Raya di sini teruja apabila dapat melihat dan bermesra dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara dekat hari ini.

Anwar merangkap Menteri Kewangan dalam rangka jadual padatnya di Perak hari ini sempat meluangkan masa dan melakukan tinjauan terhadap penerima SARA di kompleks beli belah itu.

Menurut seorang penerima SARA, Ramayah Animuthu, 70, tidak menyangka dapat melihat dan berbual mesra dengan perdana menteri.

“Walaupun dapat berbual hanya sebentar saya amat teruja kerana sukar mendapat peluang untuk berjumpa orang nombor satu negara itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra bersama penerima SARA seraya mengadakan tinjauan di pasaraya Mydin Meru Raya pada sesi turun padang sumbangan SARA di Ipoh hari ini. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Sumbangan SARA ini banyak membantu saya sekeluarga membeli barangan keperluan asas seperti minyak masak, tepung dan beras yang digunakan setiap hari,” katanya.

Sementara itu, Noormaizatul Akma Badrul Sham, 23, tidak menyangka terpilih untuk menerima sumbangan SARA sebanyak RM100 bagi kategori bujang.

“Sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu membeli barangan keperluan semasa kepada ibu saya,” katanya.

Media melaporkan, program SARA telah ditambah baik dengan peruntukan melonjak lebih lima kali ganda kepada RM700 juta berbanding perbelanjaan RM130 juta tahun lalu.

Peruntukan lebih besar itu membolehkan kerajaan menambah jumlah penerima SARA kepada 700,000 berbanding 210,000 tahun lalu, malah nilai bantuan juga dinaikkan sekali ganda sehingga RM1,200.

Program itu turut diperluaskan kepada golongan miskin berbanding hanya golongan miskin tegar sebelum ini.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *