Kenyataan Media Sempena Program Karnival Jom Sihat MADANI @ HRC

Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Azman Abidin (kanan) mewakili isteri Perdana Menteri Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail diiringi Pengerusi ALP HRC, Andre Lai melawat pameran yang disediakan sempena Karnival Jom Sihat MADANI @ HRC pada Sabtu.

KUALA LUMPUR, 28 JanSemalam telah berlangsung dengan jayanya Program Karnival Jom Sihat MADANI @ HRC yang dianjurkan oleh Ahli Lembaga Pelawat dengan kerjasama Pengurusan Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC).

Karnival ini dianjurkan bertujuan untuk menyebarluaskan peranan penting Hospital Rehabilitasi Cheras dalam memberikan Perkhidmatan Perubatan Rehabilitasi Cheras kepada masyarakat khususnya komuniti setempat.

Melalui program ini juga, diharapkan agar ia dapat meningkatkan kesedaran masyarakat tentang rawatan rehabilitasi dan kepentingan menjaga kesihatan dengan baik.

Program tersebut telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Azman Abidin, Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri bagi mewakili YB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Ismail yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.

Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri mewakili YB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Ismail yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Azman Abidin (dua dari kiri) merasmikan Karnival Jom Sihat MADANI @ HRC pada Sabtu. Foto Facebook

Dalam majlis tersebut, beliau turut berkesempatan menyampaikan Sijil Penghargaan kepada Rakan Strategik yang telah memberikan sokongan bagi menjayakan program ini.

Selain itu, Uncle Kentang turut menyampaikan sumbangan beliau kepada pihak hospital berupa Portable Hoist sebanyak tiga (3) unit diikuti dengan penyerahan sumbangan berupa komputer riba daripada Encik Aloysious Roy Antony Paul Raj, Ahli Lembaga Pelawat Hospital Rehabilitasi Cheras bagi kegunaan kakitangan HRC untuk Program MPIS.

HRC turut melaksanakan Medical Programme Information System (MPIS) secara berfasa semenjak bulan November 2023. MPIS adalah merupakan sebuah sistem bersepadu yang dibangunakan bagi tujuan mempercepatkan proses kerja pendaftaran pesakit dan capaian rekod perubatan.

Datuk Azman Abidin (kanan) bersama Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat (ALP) HRC, Andre Lai (dua dari kanan) menyaksikan majlis penyerahan sumbangan tiga unit Portable Hoist kepada HRC pada Karnival Jom Sihat MADANI @ HRC pada Sabtu. Foto Facebook

Sistem ini berfungsi sebagai platform utama pengumpulan data dan maklumat bagi Program Perubatan.

Hospital Rehabilitasi Cheras telah ditubuhkan pada tahun 2012 dan merupakan Hospital yang menjadi pusat kecemerlangan dan pusat rujukan nasional untuk
perkhidmatan Perubatan Rehabilitasi.

Terdapat enam (6) Perubatan Rehabilitasi ditawarkan di sini iaitu Rehabilitasi Kecederaan Spinal, Rehabilitasi Neuorologi, Rehabilitasi Amputi dan Muskuloskeletal, Rehabilitasi Kecederaan Otak, Rehabilitasi Pediatrik dan Rehabilitasi Geriatrik.

Datuk Azman Abidin dan Andre Lai bergambar kenangan bersama para petugas HRC sempena Karnival Jom Sihat MADANI @ HRC pada Sabtu. Foto Facebook

Apa yang menjadikan HRC istimewa berbanding dengan hospital-hospital lain adalah penerapan ‘Interdisciplinary Team’ dan pendekatan holistik dalam memberikan rawatan rehabilitasi kepada pesakit-pesakit yang dirawat di sini.

Turut hadir bersama majlis ini ialah YBrs. Dr. Nor’Aishah Abu Bakar, Pengarah Kesihatan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya, YBrs. Dr. Faizul Nizam Abu Salim, Pengarah Hospital Rehabilitasi Cheras dan YBrs. Encik Lai Chen Heng, Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat Hospital Rehabilitasi Cheras.

Datuk Azman Abidin diiringi Andre Lai melawat pameran yang dianjurkan beberapa agensi termasuk Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) sempena Karnival Jom Sihat MADANI @ HRC pada Sabtu. Foto Facebook

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh

UNIT PERHUBUNGAN AWAM
HOSPITAL REHABILITASI CHERAS


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *