Penerbangan Terus Jakarta-Kota Bharu Bermula 16 Jun

Pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 18 April 2026 membolehkan jumlah kapaiti penumpang meningkat kepada 4 juta setahun.

KOTA BHARU, 14 Mei – Penerbangan terus antara Jakarta dengan Kota Bharu dijadualkan bermula 16 Jun depan.

Ia sekali gus menandakan laluan udara secara terus pertama antara ibu negara Indonesia dengan Pantai Timur Malaysia.

Timbalan Menteri Luar Indonesia, Arif Havas Oegroseno, menyifatkan laluan itu strategik dalam memperkukuhkan hubungan antara bandar selain ibu negara dengan wilayah di Asia Tenggara, terutama ketika dunia berdepan ketidaktentuan ekonomi.

“Saya fikir ini adalah satu peluang sangat baik. Saya mahu melihatnya bukan hanya sebagai peluang ekonomi tetapi juga hubungan strategik,” katanya ketika merasmikan program ‘Kelantan Day’ sini, hari ini.

Arif Havas berkata, hubungan serantau selama ini banyak tertumpu kepada ibu negara seperti Jakarta, Kuala Lumpur, Singapura dan Bangkok, sedangkan hubungan antara wilayah dengan negeri masih belum dibangunkan sepenuhnya.

Katanya, laluan terus berkenaan akan memudahkan pelancongan, mengukuhkan hubungan rakyat dengan rakyat, menyokong industri kecil, menggalakkan pelaburan rentas sempadan, serta meningkatkan kerjasama industri halal antara Indonesia dengan Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Perasmian Terminal Baharu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa pada 18 April 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Untuk rekod, pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membolehkan jumlah kapasiti penumpang meningkat kepada 4 juta setahun berbanding 1.5 juta sebelum ini.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *