Tekanan Darah Tinggi, ADUN Pas Sungai Dua Dikejar Ke Hospital

Muhammad Fauzi dibawa dengan ambulans ke hospital untuk rawatan lanjut di Unit Kecemasan pada 14 Mei 2026.

GEORGE TOWN, 14 Mei – Muhammad Fauzi Yusoff dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang selepas tiba-tiba mengalami tekanan darah tinggi ketika menghadiri persidangan DUN hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Dua itu pada mulanya dilaporkan berada dalam keadaan baik, namun mula kelihatan lemah kira-kira jam 12.30 tengah hari sebelum menerima rawatan awal daripada petugas perubatan yang berada di lokasi persidangan.

Susulan kejadian itu, Muhammad Fauzi dibawa dengan ambulans ke hospital untuk rawatan lanjut di Unit Kecemasan.

Timbalan Ketua Pemuda Pas, Muhammad Hafiz Alias, berkata keadaan Muhammad Fauzi kini dilaporkan stabil dan masih sedar.

“Beliau kini berada di bawah pemantauan rapi di unit kecemasan hospital. Bacaan tekanan darahnya juga telah menurun selepas menerima rawatan,” katanya ketika dihubungi.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *