Penduduk Lega Dua Laluan Jalan Sentul Pasar Dibuka – Andre Lai

Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur, Andre Lai (kiri) bersama pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meninjau kerja-kerja penyelenggaraan dan terpaksa menutup dua laluan yang menyebabkan kesulitan kepada pengguna.

KUALA LUMPUR, 19 AprDewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertindak melaksanakan kerja-kerja penerapan jalan di laluan Jalan Sentul Pasar sebagai langkah menyelesaikan isu kesesakan lalu lintas yang berlanjutan di kawasan berkenaan.

Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur, Andre Lai Chen Heng berkata kerja-kerja penyelenggaraan di laluan itu tidak hanya memberi nafas lega malah mengurangkan keresahan serta kebimbangan yang selama ini dialami penduduk berdekatan termasuk pengguna jalan raya.

“Banyak aduan dan laporan yang diterima mengenai isu ini terutama dari aspek kerja naik taraf yang mengambil masa panjang serta laluan menjadi semakin sesak berikutan hanya satu laluan sahaja dibuka.

“Justeru itu, saya mengambil keputusan untuk turun padang meninjau sendiri projek berkenaan pada Selasa bersama Timbalan Pengarah Kanan Jabatan Kejuruteraan Awam dan Saliran (JKAWS), Lr Ali Paiman bersama Ahli Jawatankuasa Cabang KEADILAN Wangsa Maju, Jebat dan didapati bahawa tanah di kawasan itu semakin mendap akibat paip utiliti yang bocor serta banyak air bertakung di bawah tanah secara bertahun lamanya.

Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur, Andre Lai (kiri) bersama pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meninjau kerja-kerja penyelenggaraan dan terpaksa menutup dua laluan yang menyebabkan kesulitan kepada pengguna.

“Kerja-kerja naik taraf ini bukan mudah untuk dilaksanakan, ia memakan masa yang lama sebab pihak DBKL perlu mengorek tanah sedalam 12 meter bagi memastikan tiada kebocoran berlaku lagi dan disebabkan itulah hanya satu laluan sahaja yang dibuka,” katanya ketika dihubungi Wilayahku pada Rabu.

Susulan daripada keluhan dan keadaan itu, Andre meminta pihak DBKL untuk melaksanakan separuh kerja penarafan jalan dengan membuka dua laluan di kawasan berkenaan sementara ia masih dalam proses pelaksanaan siap sebelum akhir tahun ini.

“Laluan ini adalah jalan utama yang menghubungkan penduduk di Sentul dan Batu Muda menuju ke Maxim dan Jalan Ipoh, jadi ia memang tidak boleh ditutup sepenuhnya. Saya faham keluhan dan keresahan penduduk terutama di Sky Awani dan berdekatan yang meminta projek ini disiapkan secepatnya memandangkan ia sudah berlanjutan sekian lamanya.

Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur, Andre Lai (dua dari kanan) bersama pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meninjau kerja-kerja penyelenggaraan dan terpaksa menutup dua laluan yang menyebabkan kesulitan kepada pengguna.

“Oleh itu, semalam (Isnin) saya meminta pihak DBKL untuk menyiapkan mana-mana yang boleh diselesaikan dahulu dan buka dua laluan supaya memudahkan pergerakan lalu lintas. Mereka juga telah membuat pemeriksaan yang mana tiada kebocoran berlaku di paip utiliti termasuk kerja-kerja turapan,” katanya laluan itu telah pun disiapkan dan dibuka pada pagi ini.

Tak disangka, laluan itu telah pun siap dan dibuka pada pagi ini,” katanya projek ini dijangka siap pada Disember tahun ini.

Dalam pada itu, Andre berharap orang ramai khususnya penduduk berdekatan memberi ruang kepada DBKL untuk menyelesaikan kerja naik taraf tersebut dan memastikan kerja-kerja ini dapat diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan iaitu jangkaan pada Disember tahun ini.

“DBKL akan cuba mempercepatkan untuk mengembalikan laluan penuh. Saya berharap agar pengguna jalan raya dapat bersabar demi kebaikan untuk jangka masa panjang,” katanya.

Sebelum ini, media pernah melaporkan kejadian isu kerosakan jalan raya di kawasan terbabit dan tindakan menyelenggarakan laluan itu juga telahpun dilaksanakan oleh DBKL.

Dalam perkembangan lain, pihaknya juga meminta DBKL untuk meninjau satu projek berdekatan di mana terdapat satu laluan jalan raya yang tiada penjaga trafik dan papan tanda sehingga mengakibakan berlakunya kemalangan membabitkan dua biji motosikal.

  • Oleh Hazirah Halim


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *