Pencapaian Memberangsangkan Ekonomi Negeri Sembilan Membanggakan

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir ketika merasmikan Istiadat Persidangan Pertama Penggal Keempat DUN ke-15 di Seremban pada 23 April 2026. Foto Facebook Aminuddin Harun
SEREMBAN, 23 Apr – Pencapaian memberangsangkan ekonomi Negeri Sembilan berdasarkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) yang meningkat kepada RM54.3 bilion pada 2024, jelas menunjukkan tadbir urus cekap dan beramanah serta membanggakan.
Menurut titah Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, angka tersebut meningkat 4.6 peratus berbanding RM51.9 bilion pada tahun sebelumnya.
Mengikut sektor, bahagian perkhidmatan kekal sebagai penyumbang utama pemacu ekonomi negeri dengan 52.8 peratus, diikuti industri pembuatan menokok sebanyak 37.6 peratus.

Kewujudan Malaysia Vision Valley 2.0 (MVV2.0) jelas membuahkan hasil melalui pembukaan sebanyak 12 kawasan perindustrian baharu yang dijangka menyumbang nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM40.427 bilion.
“Justeru, Beta menyeru agar pelbagai inisiatif bagi sektor perindustrian di kawasan pembangunan baharu terus dipergiatkan agar Negeri Sembilan kekal kompetitif sebagai destinasi pelaburan utama di Malaysia,” titah baginda.
Malah, kutipan hasil negeri meningkat kepada RM785.2 juta dengan lebihan RM203.25 juta, sekali gus mencatatkan lebihan bajet (surplus) bagi tahun keempat berturut-turut.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
